Pengalaman Kerja Luar Daerah, Best juga Rasanya! - Azwar Syuhada

Sunday 14 April 2019

Pengalaman Kerja Luar Daerah, Best juga Rasanya!

Salam to all readers,

Banyak pula masa terluang aku minggu ini nak update blog kan? Konon nak sambung tidur tapi tak boleh lelap pula, so ada baiknya aku coretkan catatan dalam blog. Aku rindu nak turun event sebenarnya tapi dah terikat dengan kerja hakiki terpaksalah kurangkan aktiviti. 

Nak tahu tak, masa sekolah dulu selalulah aku dengo pakcik- pakcik aku cakap  outstation pada nenek aku kalau pergi kerja tak balik dua tiga hari. Bila aku kerja dekat company ni merasalah aku pengalaman keje luar daerah atau sebutan glamour outstation. Terujanya macam menang reward bilamana buat permata kali aku diarahkan untuk ke cawangan JB. Walaupun sehari sahaja pengalaman, aku rasa WOWW gila okay!

Aku kadang-kadang berani tak bertempat, yang patut aku kerana berani aku jadi pengecut. hahaha..Biasalah anak no 2 memang spesis ganjil. Aku ditugaskan turun cawangan JB iaitu di Mutiara Hotel, ada satu cawangan company aku dekat situ. Hujung bulan 2 rasanya aku pergi, waktu tu ada auto auction. Auction hari jumaat, aku gerak hari Khamis lepas settle daily task aku baru gerak. Selalu pergi berdua, tiba giliran aku kena pergi sensorang. Lagi syoklah...Pulun jua cari member, siapa yang stay JB, mujur ada kenal kawan blogger, Huda. 

Dia siap amek aku dekat Larkin pakej pergi ronda sekitar JB, makan sampai ke hotel. Senang sahaja Allah permudahkan kerja aku. Ini first time aku jumpa Huda, selalu sembang dalam blog sahaja or Instagram. Bila jumpa depan-depan nasib baik tak kekok. Sepatut aku sampai Larkin sekitar pukul 8.00malam driver bas pula bawa penuh romantis sampai Larkin sekitar pukul 9.15mlm pula. Konon nak cancel lah jumpa Huda sebab dah lewat sangat.

 Alih-alih dia sukarela nak amek aku dekat Larkin. Terharu pula! Kebetulan Huda keluar office pun lambat dapatlah jumpa. Turun Larkin aku pun tak tahu lorong nak keluar dekat mana. Keliling orang duk ajak pergi Singapore pula. Hampir 10 minit jugalah nak keluar dari stesen Larkin ini. Aku bukan familiar pun turun sini, pakai terjah semuanya.

Dah alang-alang turun JB, Huda bawa aku pergi tempat Mahkota Place ini. Lebih kurang macam dekat I-City Shah Alam. Tempat orang melepak dan bergambar. NIce kan atas kepala aku ada mahkota. Salah satu simbolik negeri Johor punya. Selangor bila nak buat?

Selfie satu dengan Huda.

 Kalau kau tak mampu bawa aku ke bulan ke bintang pun takpe. Aku pergi sendiri! hahaha

Dah puas bergambar dekat Mahota Place kai bergerak ke Dataran JB sambil cari makan. Kebetulan masa turun dataran haritu ada event. Banyaklah food truck yan ada.


 Steamboat dekat sini lain sikit. Cara pekenanya macam makan satay. Cicah dengan kuah kacang. Aku pun jakun, selalu aku beli bebola goreng-goreng cicah dengan sos cili sahaja. Huda kata kalau nak makan steamboat paling sedap dekat area Bandar Tun Uda. Memandangkan waktu kita berjumpa pun sangat-sangat limited, makan sahajalah apa yang ada.

 Char Kueh Teow dekat sini pun sedap. Aku beli haritu dalam RM8.50 rasanya. 

 Nak pukul 10.00malam still ramai orang. Sama macam KL juga. Sungguhpun esok nak kerja still ramai melepak tengah malam. Perut pun dah kenyang, maka Huda pun hantar aku ke hotel. Aku pun tak tahu ceruk mana hotel ini. Sampai tersilap masuk hotel, buat malu sahaja. hahaha..

Dah selamat masuk hotel sebenar baru inform boss aku dah selamat sampai. Hotel memang best, pergi sorang rasa tak syok gak sebenarnya. Kalau ada member seorang best la kot. Sampai hotel, kemaskan diri, tidur memandangkan esok nak bangun awal breakfast dekat bawah. Barulah bergerak ke tempat kerja naik grab. Auction kereta pukul 4.30pm tapi tetaplah kena masuk office waktu office hour. Cawangan JB sebenarnya dah ada 2 orang staff tapi masih ba ru. Aku just datang tengok-tengok sahaja. 

Habis auction terus aku berangkat pulang ke KL naik bas dari Larkin. Nak dijadikan cerita sepatut bas aku pukul 7.00pm lepastu aku terlepas bas terpaksa pula naik bas pukul 8.30pm. Sekitar pukul 12.30am baru sampai TBS. Order grab sampai ke rumah sewa sekitar pukul 1.00am jugalah. 

Mak aku cuak juga aku pergi sorang. Banyak benor ayat Al-Quran dia suruh aku baca demi keselamatan katanya. Aku anak yang patuh bacalah apa yang disuruh.

Bila dah sampai KL, makin cergas aku siap boleh jalan keluar pergi mall Hari Sabtu tu. Sungguhpun penat tapi ianya penuh bermakna untuk pengalaman diri sendiri.

Thank you for reading!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!