Kenangan VS Berjaya Times Square, Mana Lagi Best Shopping? - Azwar Syuhada

Saturday 17 November 2018

Kenangan VS Berjaya Times Square, Mana Lagi Best Shopping?

Salam to all readers,


Maigaddd!! Lama gila tak menulis rasa macam tepu kepala otak nak tulis apa. Last week, aku keluar dengan housemate ke Kenanga. Dari haritu lagi nak ajak tapi tak terpegi-pegi pun. Nak jogging musim hujan pula sekarang. So, we decide to go window shopping. Dulu-dulu aku pernah gak pergi ke Kenanga ini moksu aku bawa. Dah berzamann... Kali ini pergi sendirilah pula. 

Ini first time jugalah aku pergi ke Kenanga naik public transports. Housemate aku ini selalu jugalah pergi ke sini dengan member dia tapi cepat bebenor lupa jalan. hahaha... Mujur kalini dia tunjuk jalan yang benar. Senang gila dengan adanya kemudahan lrt & monorel dekat KL ini macam-macam tempat boleh pergi. 



Ini muka excited nak pergi menghabiskan duit...hhahahah

Nak pergi Kenanga hanya turun dekat KL Sentral kemudian tukar train (monorel) berhenti di stesen Hang Tuah, jalan kaki sikit dah sampai depan Kenanga. Tambang naik monorel hanya RM2.50 dari KL Sentral. Pergi balik baru RM5.00 jimat pun jimat tak payah bayar duit parking.

Kenanga ini macam GM Klang, pusat borong barangan macam pakaian wanita, lelaki, pakaian budak-budak, pin tudung, kain dan macam-macam lagi. Kalau pergi Times Square aku suka shopping dekat kedai pokok. Di mana dekat area pokok tu terdapat lambakan baju kembang-kembang murah-murah, tapi tulah Times Square still mall ramai orang jadi sesak. Bila datang ke Kenanga macam-macam pesen baju kembang terkini kau boleh dapat, kalau pandai surwey boleh dapat lagi murah macam kau beli dekat Times Square sana. Aku suka!

Dia ini dari haritu lagi nak beli jaket jeans ini. Satu jaket ini RM35, beli 2 RM60 sahaja. Banyak gila kedai jeans ini dekat dalam Kenanga kena pandai surwey dan compare harga. Waktu kiteorang pergi haritu dah lambat, sampai Kenanga pun dah nak tutup kedai. Isnin sampai Sabtu tutup sampai pukul 8.00 malam. Hari Ahad tutup pukul 7.00 petang. Better datang awal pagilah, dapat ronda lama sikit.

14 butang RM10 ringgit sahaja, banyak gila pilihan semua cantik-cantik. Rasa nak grab semua sahaja.

Last week, aku pergi sempatlah borong seluar dan blouse satu. Senang nak pergi kerja, dua barang ini baru RM40 hinggit, kau rasa? Salah timing juga pergi waktu ini, kami stuck dalam hujan lebat dekat kaki lima, terpaksalah menunggu hjuan reda. Dah tahu jalan, lepas ini bolehlah pergi lagi aku cakap dekat Wan. DIa apalagi, lagi sukalah dapat jalan. Besar gila Kenanga ini, masuk-masuk je kau dah rambang mata, kanan kiri kau panggil mari. hahaha.....

Agak-agak kalau perut dah berkeroncong, nak minum or makan boleh naik tingkat atas sekali ada food court. Aku dah merasa ayam penyet dekat sini, sedap jugalah. Harga standard price dengan harga dekat luar. Yang pengting, kawasan tempat makannya bersih okay! Selesalah nak berlama-lama dekat sini.


Kenanga pun dah tutup kedai jomlah kita balik ke rumah. Suasana waktu malam di bandaraya Kuala Lumpur.
Lepas ini bolehlah datang sini selalu, tak bersesak, dapat try lagi sebelum beli. Tambang pergi balik pun murah sahaja. Next time siapa nak pergi sini bolehlah naik monorel berhenti dekat stesen Hang Tuah. Mudah jimat lagi berbaloi. Tak tahu jalan boleh je tanya dekat petugas lrt Hang Tuah. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Jangan dah sesat baru nak bertanya pula. Sudah!

p/s: Next nak ke mana pula ya?

6 comments:

  1. Kak PC ada pergi sekali...rambang mata...

    ReplyDelete
  2. zaman kolej dulu suka juga berjalan ke times square dengan kenanga. tapi saya lagi suka times square hehe

    ReplyDelete
  3. Akak suka shopping kat Kenanga ngan BTS...semua cantik2 dan murah2...nak pergi lagi la nanti

    ReplyDelete
  4. Hi, i need your help to blast my crowdfunding campaign for my studies expenses.

    https://messarah.blogspot.com/2018/11/my-crowdfunding-campaign.html/

    ReplyDelete
  5. lama sangat dah tak pegi kenanga, tengok entry ni tiba2 rasa nak pegi pulak :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!