Review: Rasai Keenakan Burger di KGB [Killer Gourmet Burgers] - Azwar Syuhada

Saturday 27 January 2018

Review: Rasai Keenakan Burger di KGB [Killer Gourmet Burgers]

Salam to all readers,

Bila lama tak menaip rasa janggal pula, bila tak buka blog macam-macam benda nak kongsi. Bila sampai masa nak kongsi, tiada idea pula nak mengarang. Macam-macam kan? Kali ini aku nak kongsi sebuah restoran yang korang harus terjah!

Ada tak siapa-siapa dekat sini suka makan burger? Pada mereka yang suka makan burger kita geng! Aku jarang makan makanan fast food, ada ketika bila dah lapar benda tu pula yang paling berpatutan masuk jugalah. Baik KFC mahupun McD, kalau singgah makan dekat sini, makanan yang aku order tak lain dan tak bukan adalah burger. Kalau geng kau kuat makan ayam, aku kuat makan burger. Tu yang pipi aku pun dah macam burger. 

Kalau diikutkan makan burger baik di KFC mahupun McD aku rasa tak cukup puas. Kira macam sekali ngap dah habis. Advertising punyalah gah besarnya, bila sampai ke tangan adalah besar tapak tangan. Kalau diikutkan tapak tangan aku lagi besar dari burger. Serius tak puas!!

Tup-tup, makcik aku whatsapp ajak makan luar, makan dekat KGB. Pada awalnya, aku sendiri pun tak tahu kewujudan kedai ini. Agak famous jugalah dengan menyediakan "Killer Gourmet Burgers" yang mampu membuatkan orang ramai kenyang sehari.


Tadaa!! Inilah dia restoran KGB yang aku maksudkan. Kalau nak tahu, restoran ini ada banyak cawangan. Salah satu cawangannya adalah di TTDI, iaitu lokasi yang aku kunjungi sekarang. Restoran ini bukan sahaja menyediakan pelbagai aneka pilihan burger semata-mata, malah turut menyediakan keenakap ayam madu seperti di Kyochon, ubi kentang yang lembut dimakan, dessert, dan macam-macam lagi.

Ini pula suasana di ruang luar restoran KGB, TTDI. KGB, TTDI membawa konsep restoran ala-ala mat salleh gitu, cantik sangat susun atur restorannya dengan elemen batu-bata sebagai dinding. Klasik gitu, datang sini bukan sahaja dapat rasai keenakan burger KGB malah dapat bergambar dengan elemen restoran yang agak unik. 


 Ini buku menu KGB, diyakini HALAL. Tak usah ragu-ragu, makan sekali pasti nak lagi gitu! Dekat sini, pelbagai aneka perasa burger korang boleh nikmati. Bukan sahaja burger ayam mahupun daging, korang juga boleh nikmati burger perisa kambing, unta, macam-macam ada senang cerita.

 Boleh tengok sini, pilihan juadah burger dengan harganya sekali. Haritu aku singgah, aku pilih "Double Animal" sebagai juadah aku. Memang sedap wei, keenakan dan kelembutan daging yang dipanggang memang membuatkan orang kenyang gila sehari tu. Memang puas hatilah dengan harga yang ditawarkan, sekali sekala makan sini bolehlah. Hari-hari kau lepak sini, boleh gemok kau dibuatnya!

 Muka mak yang happy dapat makan dekat luar. Seronok ke?

google
Kalau yang biasa makan sini, pasti tahu setiap burger ada cop sirim "KGB" di atas kulit roti. Unik kan? Ini bukan iklan berbayar, ini sahaja aku nak kongsi, mana yang sedap apa salahnya kongsikan dengan orang kan. Tambah-tambah orang kita sekarang lebih suka makan di luar dari di rumah. Selain burger, korang boleh juga cuba rasai keenakan ayam madu dekat sini, ia lebih kurang macam Kyochon gayanya. Sedap juga!

So, apa tunggu lagi, pada mereka yang kaki makan terutama peminat tegar kaki makan burger tak kisahlah burger Ramly, Abang Burn, KFC, mahupun McD aku syorkan korang singgah makan dekat sini. Sekali datang, pasti nak repeat lagi punya. Percaya atau tidak, datanglah dulu ke KGB, TTDI ini.

google

KGB TTDI

Rate: 9/10

Alamat: 107, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah 
Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

No. Tel: 03-7733 2284

Waktu operasi:

Isnin-Khamis: 12.00pm- 3.00pm / 6.00pm- 10.30pm
Jumaat- Ahad: 12.00pm - 10.30pm

Address:+60 3-7733 2284

Address:
Address+60 3-7733 2284

6 comments:

  1. Kak PC dan En Suami suka makan burger..tapi kalau makan di tempat khas yang memang menunya burger belum pernah lagi....terima kasih Azwa share lokasi..

    ReplyDelete
  2. Nyum2 sha pn peminat burger..kita genk..lama xsinggah sni..

    ReplyDelete
  3. I must say that their burgers are not bad. Tried it once few years back. Still remember they have another outlet in Midvalley. My favourite is of course the fries. Super tasty one!

    ReplyDelete
  4. Tengok gambar dia, memang nampak macam sedap sangat :D

    ReplyDelete
  5. sis JM pun suka burger..rasanya ada jgk cawangan kat ayer8 Putrajaya..

    ReplyDelete
  6. haha..makan burger kfc ke mcd ke memang tak puas. KGB ni nampak lazat dan mengenyangkan

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!