Apa yang Menarik di Padang Kota Lama? - Azwar Syuhada

Monday 1 May 2017

Apa yang Menarik di Padang Kota Lama?

Salam to all readers,

Happy labour day to everyone! Pada mereka yang tak dapat bercuti, teruskan usaha anda mencari rezeki. Memandangkan harini takde class, bolehlah update blog yang dah bersarang ini. Aku selalu juga bukak, tapi tak tahu nak update apa. Banyak je cerita nak dikongsi, tapi tak tahu nak mula dari mana. Jadi sebagai permulaan cerita, aku nak tanya jugalah korang aktif ke masa zaman belajar? Tak kiralah zaman sekolah mahupun zaman universiti.

Aku tengah-tengah, student onn off join aktiviti. Yang mana aku rasa nak join, aku join. Masa first years haritu, rajin jugalah join aktiviti kerja amal, masuk tahun dua malas sikit join larian sahaja, masuk tahun ketiga baru datang keinsafan untuk join aktiviti adventure sikit itupun bila kelab marketing yang anjurkan aktiviti tersebut. Lawatan ke "Escape Penang". Bayaran yang dikenakan hanya RM100 termasuk penginapan di Hotel Capsule, Penang  (Jumaat dan Sabtu). Trip satu malam je, okaylah tu kan dapat juga merasa.

Pada awalnya, Jumaat tu free time untuk kiteorang, disebabkan aktiviti kiteorang hanya di Escape Penang sahaja. Entah macam mana, jawatankuasa kelab marketing baik hati nak bawa jenjalan di Penang iaitu berkunjung ke Padang Kota Lama dan juga Art Street sebelum berangkat ke Hotel Capsule Penang. Lama juga tak pergi ke sana untuk menikmati pemandangan.

Kalau nak tahu, Padang Kota Lama merupakan satu kawasan bandaraya yang cukup popular di George Town, Pulau Pinang. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Tanjung. Padang Kota Lama ini cukup popular dan meriah apabila menjelang sambutan hari kemerdekaan, sambutan Tahun Baru dan macam-macam lagi perayaan. Dekat sinilah mereka berkumpul, kalau dekat KL kita berkumpul dekat Dataran Merdeka. 

google
 Padang Kota ini terletak berhadapan dengan laut. Dari Padang Kota, pengunjung dapat melihat Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan kawasan pulau ke tanah besar dengan jelas dan juga feri Pulau Pinang berselisih membawa penumpang dan kenderaan dari Pangkalan Sultan Abdul Halim ke Pangkalan Raja Tun Uda. Di Padang Kota Lama, terdapat bangunan bersejarah yang dikenali sebagai Fort Cornwallis. Kapten SHTI Francis Light telah mengibarkan bendera Union Jack di Kota_Cornwallis . Kubu pertahanan dibina di Padang Kota Lama dan beberapa buah meriam di sini masih dapat dilihat dengan jelas.

 Padang Kota bukan sahaja dapat menarik minat pelancong yang ingin mencari ketenangan malahan ia sebuah tempat yang cukup popular untuk menikmati makanan.

 Makanan yang cukup popular di Pulau Pinang sudah semestinya pasembor, nasi kandar, cendol dan juga laksa. Time aku pergi, tak banyak gerai yang buka hanya beberapa buah kedai sahaja buka. Baru duduk, bersiap sedialah bila orang datang ke meja makan ambil order. Boleh tahan juga harganya. hehehe... Pasembor ini sedap berbaloi jugalah dengan harganya. Semua orang merasa sorang sikit bila member seorang lagi tu dah tak larat nak habiskan.
 Cantik sangat bangunan ni, belanja gambar 1 kali.

 Setelah hampir satu jam duduk bersantai dekat Padang Kota, kiteorang beransur ke Art Street. Dekat je dengan Padang Kota, satu area tapi tetap menaiki bas. Art Street yang cukup popular dekat Selangor ini sudah semestinya di Seksyen 7, Shah Alam. Tak sangka pula, negeri lain juga ada tempat macam ini. Cantik-cantik lukisan mereka semua nampak hidup lukisannya.


 Kawasan Art Street ini lebih kurang macam dekat Jonker Walk Melaka. Ada lagi kawasan lama-lama dekat sini yang masih utuh. Sepanjang jalan ada orang berniaga. Rata-rata penduduk kawasan ini adalah orang Cina.



 Dah penat berjalan tengah panas, berehat sebentar bersama ais kepal. Satu RM3, murah kan? Besar pun besar, sampai tak larat nak habiskan akibat medu sangat.


 Muka-muka excited merasai ais kepal. 

 Ais kepal perisa laici dan juga sarsi. Sungguh tak meriah gabungan warnanya. 

Art Street, Penang ini bersepah-sepah. Kalau larat berjalan jumpalah banyak lukisan. Kalau pemalas macam aku, jumpa sikit jerlah. Tak kuasa aku nak jalan panas-panas terik waktu tu. Ketiak pun dah basah dengan peluh, rasa nak balik hotel cecepat. Kalau korang ke Penang, jangan lupa singgah Art Street, kawasannya cantiklah juga. =) Banyak-banyak tempat, Bukit Tinggi jerlah aku tak naik lagi.

p/s: Akan datang aku kongsikan pula pengalaman menginap di Hotel Capsule pula ya!

Thanks you for reading!

4 comments:

  1. byknye art street...dah lama xpergi sna...

    ReplyDelete
  2. Dari awal sampai habis baca entry ni memang nak sangat tahu pasal capsule hotel. Selalu juga tengok orang share pasal capsule hotel ni.

    ReplyDelete
  3. hehe memang time study pun tak sempat nak update. on off juga, biasalah tu kihkihkih. Even dah kerja pun sama sebab balik rehat, penat hehe

    ReplyDelete
  4. bestnye dah sampai penang.. e'in teringin nak pegi sane tapi tak tahu bile.. huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!