Kekal Sihat dan Bertenaga bersama Jus Harmoni - Azwar Syuhada

Friday 31 March 2017

Kekal Sihat dan Bertenaga bersama Jus Harmoni

Salam to all readers,


|Kekal Sihat dan Bertenaga bersama Jus Harmoni| Tak dinafikan, sem kali ini memang mencabar juga memandangkan dah last semester. Disebabkan kena struggle lebih sikit kali ini, kerap kalilah tidur tak cukup, mata sembab, tak bermaya, yang lagi stress jerawat pula naik sambung menyambung. Lagi stress kehidupan aku dibuatnya.

Bila class pagi hingga petang, lagi haru hidup ini dibuatnya. Kalau class pagi okay lagi, masuk class tengahari mulalah mata rasa berat, dah mula lemau, jadi apa yang lecture ajar di depan dengar tak dengar je rasanya. Tention okay macam ini, bila kita tak dapatkan tumpukan perhatian di depan, sudah semestinya kita ketinggalan kan? Jadi, aku taknaklah terus menerus rasa letih, tak bermaya bila pergi kuliah, kalau boleh nak kekal cergas dan cerdas sepanjang hari.

google

Lately, aku ada kongsikan problem aku menerusi instagram, tak sangka pula ada member sorang ini prihatin dan suruh aku cuba satu produk ini yang dapat membantu masalah yang aku alami sekarang ini. Dalam pada taknak cuba, tergugat juga iman jadi aku cuba jugalah mana tahu mampu menceriakan hidup aku kembali. Cewahh...

Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu aku mencuba produk ini aku rasa bertenaga dan kurang rasa mengantuk. Kalau dulu, masuk 12 tengahari je tangan dah landing atas meja sebagai alas nak tidur je rasanya. Disebabkan, dah consume satu produk ini semua kerja jadi lancar dan cemerlang gitu. Agak-agak korang, produk apa yang aku consume? Jeng..jeng..jeng..

google

Produk yang aku maksud adalah produk Jus Harmoni. Kalau nak tahu, Jus Harmoni ini merupakan produk keluaran Beauty Fame and Health Enterprise yang mengandungi 18 jenis herba tradisional dan moden tanpa ada bahan kimia. Kira Jus Harmoni ini 100% asli. Antara herba semulajadi yang terkandung dalam Jus Harmoni ini adalah seperti Aqua, Punica granatum (delima), Phoenix dactylifera (kurma), Prunus domestica (prunes), Honey (cecair), Kunyit (cucurma longa), Ficus carica (buah tin), Labisia pumila (Kacip Fatimah), Quercus infectoria (Manjakani), Affican manggo (Irvingia gabonensis), Euricoma longifolia (Tongkat Ali), Parameria polyneura (Serapat), Ascorbia Acid (vit C), Centella asiatica (pegaga), Peuraria mirifica Vit A, B5 & B3, Trigonella foenum-graecum (halba), Nigella sativa (Habatusauda), Collagen (marine collagen).

Yang bestnya, Jus Harmoni ini bukan kaum wanita sahaja boleh consume, lelaki pun boleh kalau nak cuba dan pastikan korang berumur 20 tahun ke atas dan ia juga selamat diminum oleh wanita yang sedang hamil.

Aku suka gila consume Jus Delima ini sebab rasanya manis-manis gitu, ia di datangkan dalam bentuk cecair dan bekasnya dalam bentuk spray. Comel sahaja, mudahlah untuk kita bawa ke mana sahaja, boleh simpan dalam handbag gitu.

Penggunaan Jus Harmoni ini sangat mudah. Hanya perlu dua atau tiga semburan di bawah lidah, sebanyak dua atau tiga kali sehari sebelum makan. Ia perlu disembur dibawah lidah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses penyerapan nutrisi ke dalam badan. Semudah ABC sahaja kan?

Bertambah menarik lagi, sekiranya korang consume Jus Harmoni ini untuk tujuan hilangkan jerawat mahupun jeragat. Then, bila muka korang dah clear tanpa jerawat, dan korang ambil keputusan untuk stop consume Jus Harmoni pun boleh tiada masalah sebab ia tiada beri kesan sampingan seperti sebahagian produk lain. Jadi, tak payah khuatir okay!

google

Selain dari masalah jeragat, antara masalah yang boleh dibantu oleh Jus Harmoni termasuklah masalah kulit seperti jerawat, bekas jerawat, masalah senggugut, masalah peredaran darah haid sukar hamil, sukar untuk tidur, kulit kusam, sakit sendi dan otot, gout, pigmentasi, lemah badan, stress dan masalah-masalah dalaman yang lain.

Kalau korang mengalami masalah yang sama dengan aku, stress, rasa tak bertenaga ataupun masalah yang tercatat dekat atas itu, aku syorkan korang cuba dulu Jus Harmoni ini dan rasa sendiri keberkesanannya. Sekiranya, korang berminat untuk mendapatkan Jus Harmoni ini bolehlah dapatkannya secara online menerusi laman Facebook Jus Harmoni by B'Famme.

Buat pembaca setia blog aku, yang teringin nak mencuba dan merasa sendiri keenakan Jus Harmoni, bolehlah komen di bawah post ini. Hanya nyatakan sebab kenapa korang teringin nak sangat mencuba Jus Harmoni ini. Mudah kan? Hanya 5 pembaca bertuah sahaja akan memilikinya, siapa cepat dia dapat. Tapi korang yang bertuah nanti hanya perlu tanggung kos penghantaran sahaja, bagi penghantaran ke Semenanjung hanya RM10, manakala postage Sabah & Sarawak RM12. Jimat kan? Siapa nak, komen cepat-cepat dekat bawah ini. =)

 Facebook Jus Harmoni by B'Famme

Nama Syarikat : Beauty Fame and Health Enterprise (002582251-K)
Alamat : No 1, Jalan Kent 3 Off 1, Jalan Semarak, 54200, Kuala Lumpur
Email : bfammehq@gmail.com
No Tel : +6017-3713010
Website : www.bfamme.com

2 comments:

  1. masuk umur 27..belum ambil apa apa lagi supplement..boleh cuba ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!