Pusat Borong Barangan Perkahwinan Murah di GM Klang - Azwar Syuhada

Friday 10 February 2017

Pusat Borong Barangan Perkahwinan Murah di GM Klang

Salam to all readers,

Musim perkahwinan zaman sekarang tidak mengira waktu cuti sekolah lagi. 30 tahun dahulu, orang akan membuat kerja kahwin waktu cuti sekolah, waktu itulah sanak saudara dapat berkumpul. Tapi zaman sekarang ini, ada DUIT ada CALON, terus jalan.  Mak aku kata, masa zaman pakcik-pakcik kahwin dulu nenek aku borong barang perkahwinan di area Jalan Taiping Klang dan juga area Chow Kit. Selain dua tempat ini, di Nilai 3 juga menjadi  tumpuan orang ramai memborong barang perkahwinan. 

Kalau nak tahu, sekarang sudah ada pusat borong perkahwinan murah iaitu di GM Klang Wholesale City Malaysia. Jualan set perkahwinan ini terletak pada bahagian GM Klang yang lama iaitu betul-betul berhadapan dengan Hospital Botanic. Terdapat pelbagai pilihan, dari fesyen lama sehingga ke fesyen baru. Selesa pun selesa, penghawa dingin turut disediakan, nak jalan ke tempat parking pun dekat betul-betul depan kedai. 

Daripada set pelamin sehinggalah perkakas hantaran, doorgift turut terdapat di sini. Harga barangan di sini juga berpatutan. Kalau korang ada duit lebih, boleh sahaja kalau nak beli dulang hantaran yang dah siap. Satu dulang yang dah siap lebih kurang RM12+, ada juga satu dulang mencecah RM1+++. Mana-mana yang tak berkemampuan, rasanya eloklah ke mari, kadang-kadang dengan melihat hasil gubahan yang dipamerkan di situ, tangan kita yang keras pun boleh datang jadi lembut untuk mengubah sendiri (bakat terpendam tiba-tiba datang sendiri).

Lagipun, kebanyakkan perkakas untuk mengubah barang hantaran ini lagi murah berbanding kita menempah dengan orang. Contoh-contoh yang dipamerkan nampak simple, sekali pandang macam boleh buat. Kadang-kadang, kita tak tahu yang kita ada bakat untuk mengubahnya sendiri. 

google
Ini antara bunga-bunga yang terdapat di GM Klang, bunga macam ini lebih kurang RM8.00 sejambak. Bunga ini amat sesuai untuk dihias pada dulang hantaran. Rata-rata orang sekarang lebih suka menggunakan dulang hantaran plastik, nampak elegan, verstyle ala-ala mat salleh kononnya. Dulang plastik dekat sini (4 dulang RM100).

google

google
Ini pula bakul-bakul untuk letak barang hantaran seperti alatan makeup, buah-buahan, coklat dan lain-lain lagi. Aku beli satu yang sederhana besar, harganya lebih kurang RM16.

google
Bagi mereka yang bakal bertunang, di risik, mahupun melangsungkan perkahwinan, ada baiknya korang ke mari untuk survey barangan perkahwinan murah. Aku pesan bagi mereka yang duduk di sekitar Selangor ini, lebih baik ke GM Klang berbanding ke Nilai memandangkan harga minyak dah naik. Perlulah berjimat cermat. Bagi mereka yang duduk di luar daerah, boleh sahaja kalau nak datang ke sini untuk memborong barangan perkahwinan. Makan masa jugalah kalau dah datang ke sini, pasti korang rambang mata untuk membuat pilihan.

google
 Alatan seperti gam UHU, stapler, gam gajah turut ada di sini.

google
 Barang hiasan untuk menaikkan seri dulang hantaran pun ada, semuanya cantik-cantik dan murah. Rama-rama yang besar sikit hanya RM3 sahaja!

google

google
Ini antara dulang hantaran yang dah siap dan dipamerkan, simple dan cantik. Harganya around RM1++. Ini kira okaylah, ada setengah kedai aku jalan haritu satu dulang cecah RM1+++.

google
GM Klang ini memanglah dekat dengan rumah aku, tak sampai 30 minit dah sampai. Memandangkan aku takde sibuk nak kawin, memang taklah aku nak pergi. Tapi disebabkan abang aku nak kawin, aku gagahkan juga pergi ke sini. Dalam pada masa yang sama, bolehlah share dengan korang yang sedang mencari barang hantaran yang berpatutan. Di GM Klang ini, terdapat lebih kurang 5/6 syarikat yang menjalankan aktiviti jualan barangan perkahwinan. Yang penting, rajin-rajinlah berjalan survey harga. =)

Bagi mereka yang kaki bisness, boleh sahaja korang jadi runner untuk member-member korang yang bakal melangsungkan perkahwinan dan duduk di luar daerah. Jadi, yang duduk di luar daerah bolehlah contact each others yang duduk di Selangor ini.

Thanks you for reading this entry!

12 comments:

  1. Teringin nak pergi GM klang ni tapi tak brksmptn ag. Kalau CR nak kawen nti kalo ade jdoh leh la survey2 kt sini.

    ReplyDelete
  2. bestnye...rietta mmg suka kdai craft....minat sangat dengan craft...

    PS : suka tgk header blog ni...cantik la...

    ReplyDelete
  3. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, pasti GM Klang diserbu untuk beli segala barangan perkahwinan, hihi.. =) Btw cantik header blog sis..

    ReplyDelete
  4. Gm klang ni mek nk pegi lame dh tapi tk brjaya lg nk jejak kaki. Cam mane tu?? Hihi. Ramai ckp murah barang kat sane.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah jejak kaki lagi kat GM klang ni ..ramai cakap sana murah belaka

    ReplyDelete
  6. Thankyou! sangat membantu bagi org yg nak bertunang atau berkahwin✨

    ReplyDelete
  7. Thankyou! sangat membantu bagi org yg akan bertunang atau berkahwin✨

    ReplyDelete
  8. Salam..hi boleh tau x bunga2 hydrangea pink tu jual kat kedai blok mana 1 ye..tau x nama kedainya apa? Tq ☺

    ReplyDelete
  9. Kami ingin menjual kesemua barang2 pengantin termasuk pakaian pengantin,eksesori pengantin,pelamin,hiasan pelamin,pentas,backdrop,pintu gerbang,photobooth kesemuanya dgn harga RM18k… berminat bole hubungi 01126543361

    ReplyDelete
  10. perghhh hebakkk! baguih buat entri ni nanti kalau saya nak kahwin saya rujuk sini (walaupun tak tahu bila kannn) hahahaha. tenkiuuu for sharingg tempat kedai murah barang barang for bakal pengantin.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!