Percutian ke Padang, Indonesia [Part 2] - Azwar Syuhada

Tuesday 27 September 2016

Percutian ke Padang, Indonesia [Part 2]

Salam to all readers,


[Days 2]

Hari kedua, kami dibawa bersiar-siar sekitar Bukit Tinggi, Indonesia. Lokasi utama yang kami tuju adalah Kampung Pandai Sinkek. Sinkek short form daripada nyisir a.k.a menyisir. Kalau tempat kita lebih dikenali dengan menenun. Di sana, anak-anak gadisnya telah diajar dari kecik lagi cara-cara menenun kain, kira menjahit semua serba tahulah. Nasib baiklah, aku bukan orang sana, tak pasal-pasal kena belajar menenun kain. 

Penuh kesabaran aku tengok dia menenun kain. Dekat sini, semuanya tenunan kainnya asli bukan fotokopi punya.

Bukit Tinggi ini dikira 'syurga para wanita' la, siapa yang memang menggila kain telekung, kain sulam, jubah, kain batik, tudung bolehlah merantau ke Bukit Tinggi. Tahu tak korang, kedai kain pandai sinkek ini terletak kawasan ceruk kampung jugalah. Kawasan kampung habis, bila masuk tiba-tiba ada kedai mewah lagu ini.


Luar kedai kain sulaman, kita disajikan dengan pemandangan sawah padi yang menghijau seperti ini. Cantik wei!! Kalau diikutkan, belakang rumah aku banyak rumput je, sawah padinya memang taknampaklah.

Penduduk di kawasan Bukit Tinggi, Indonesia ini majoritinya orang Minang. Kiri kanan jalan, kita dapat lihat pemandangan yang cukup indah, dan kawasan perkampungan yang cukup cantik. Rata-rata rumah perkampungan di sana ada kolam ikan, situlah juga tempat dia cuci pinggan. Memandangkan, disana memang kaya dengan sumber air yang bersih. Elok sahaja aliran airnya mengalir. 




Tak pernah terlintas pun yang aku jejak ke Istana Basa Pagaruyung ini. Bila ada orang nak bawa, memang rasa nak joget-joget sahaja. Pernah tengok dalam buku teks sejarah sahajalah, tak sangka pula dapat jejak betul-betul. 

Daripada Istana Basa Pagaruyung, kami dibawa oleh Abang Dayat ke kilang kopi kiniko. Di sana, kita dapat melihat bagaimana cara mereka membuat pisang salai yang asli, sambil menikmati kopi panas. Kopi di sana kalau ditengokkan seperti air teh sahaja. Boleh tahan sedapnya, sambil minum kita juga boleh menikmati panorama yang cantik! Siapa yang suka tempat yang tenang, tiada gangguan boleh bercuti ke sini.

Lejen kan? Minum kopi pakai tempurung kelapa je, barulah ada umm.. Masa sampai sini, orang yang bertugas memproses pisang salai dah selesai, dorang tengah siapkan packaging sahaja. Kalau korang bercuti Bukit Tinggi, jangan lupa melawat kilang kopi kinopi ini. Rugi tau, kalau tak merasa kopi di sini!




Selepas bersantai-santai sambil minum kopi, kami menyusul ke tempat lain. Perhentian terakhir sebelum balik hotel. Waktu malam pula, memang tiada acara apa-apa hanya pergi makan kemudian balik ke hotel. Waktu siang sahaja kiteorang dibawa bersiar-siar. Okaylah, next time aku sambung balik cerita percutian ini!

Thanks for reading!

10 comments:

  1. wah bestnya.. travel ni mmg best kan!

    ReplyDelete
  2. seronok.kalau dapat jalan2 ke negara jiran...

    ReplyDelete
  3. pernah pergi, tapi pekan baru. and please shopping semua jenis kain kat sana. hahahah

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya, baru tengok kat tv, perlancongan ke Padang... Menarik... Doakan pas ni turn saya hehe

    ReplyDelete
  5. Wahhh, bestnya jenjalan tmpt org :)

    ReplyDelete
  6. cool laaa minum kopi dgn tem purung hahaha

    ReplyDelete
  7. okay serius menarik tempat ni. nak kena ke sana jua one day!

    ReplyDelete
  8. Percutian berbaloi kat Indonesia

    Asslamualaikum Tuan/Puan.

    Sesiapa yang nak melawat ke Indonesia jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA PADANG DAN BUKITTINGGI, MEDAN, BANDA ACEH dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami juga menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.
    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Our motto : We serve you with heart

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )
    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!