Lirik Lagu Terakhir by Sufian Suhaimi - Azwar Syuhada

Tuesday 3 May 2016

Lirik Lagu Terakhir by Sufian Suhaimi

google

Mengapa kita selalu berjauh hati
Selalu sendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku
Berat bagiku

Apakah salahku
Kau buatku begini
Selalu sendiri
Tinggal sendiri

Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku

Melepaskanmu bukan mudah bagiku
Untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu

Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episode cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini

Oh Tuhan
Ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini

Oh Tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buatku

Melepaskanmu bukan mudah bagiku
Untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu

Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episode cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini

Oh Tuhan
Ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini

Oh Tuhan

Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buatku
Dan buat dirinya...

Kalau diikutkan aku bukanlah jenis layan lagu yang selalu top dekat carta radio. Asal melodi dan rentak dia best memang aku layan. Lagu melayu yang boleh ikut rentak aku adalah lagu Najwa Latif dan Aizat Hamdan, dan yang terbaru ini adalah Sufian Suhaimi. hahaha.. Secara tak sengaja boleh terpikat dengan lagu ini masa layan drama Duda Terlajak Laris masa si Idayu menangis dan lagu ini jadi soundtrack.

Payah juga nak jumpa, tambah-tambah aku tak pernah dengar dan lihat kewujudan penyanyi ini dalam industri nyanyian. Bajet retis pula aku. Sufian Suhaimi? Penyanyi baru kalau tak silap aku. Apa-apa pun lagu "TERAKHIR" memang best pada pendengaran aku dengan bait-bait melodinya yang syahdu pada pendengaranku. Nak layan? Boleh search di youtube k! =)

p/s: Lagu apa best? Sharelah sikit..

3 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!