Resepi Cheesekut yang enak dimakan, pejam mata pun boleh buat! =D - Azwar Syuhada

Sunday 7 February 2016

Resepi Cheesekut yang enak dimakan, pejam mata pun boleh buat! =D

Salam to all readers,

Cuti dah nak habis, sebelum aku berangkat pulang aku nak up satu entri resepi iaitu cheesekut. Masa aku duduk rumah sewa, ada member buatkan, seumur hidup aku tak pernah makan pun benda alah ni tambah-tambah namanya pun aku tak pernah dengar. Sedap jugalah rasanya. Aku belajar jugalah buat dengan dia, balik rumah aku buat untuk mak aku pula alih-alih dia tak makan. Tekak melayu katakan. hahahaha.. Alih-alih aku makan sensorang. Jom aku share dengan engkorang semua macam mana nak buat cheesekut ni. Cara pembuatannya cukup simple, tak perlu menyusahkan diri bakar dalam oven. Pejam mata pun boleh buat. hehehe...


Inilah bahan-bahan utama yang diperlukan untuk membuat cheesekut. Nikmatnya makan cheesekut ini sambil melayan running man. Dapatlah fefeling sikit...


Bahan-bahan untuk membuat cheesekut:

Cream cheese (250g)
1/2 tin susu pekat manis
Milo
Biskut Cream Crackers Hup Seng (Kalau tengok resepi Cik Epal, biskut Deluxe Crackers katanya lagi sedap!)

Memandangkan dekat rumah aku ada biskut Cream Crackers je aku bedal sahajalah, sedap juga!

Kasi zoom sikit biskutnya, Cream Cracker jangan pergi beli Oreo pula sudah!


Susu segar Dutch Lady, ini guna untuk celup-celup biskut sat lagi aku tunjukkan caranya. Aku prefer susu low fat, nak penuh lemak berkrim gunalah susu full cream. Mana-mana pun boleh, asalkan susu.

Cara-cara nak buat cheesekut yang sedap:

Pukul cream cheese sampai lunyai menggunakan stand mixer

Kemudian masukkan 1/2 susu pekat manis (Kalau nak manis bubuhlah lebih sikit, taknak manis kurangkanlah sikit penggunaannya) Jangan letak satu tin sudah, tak pasal-pasal mengidap kencing manis. 
 Gaul-gaul sampai sebati, jangan cair sangat tau! Siap part creamnya.


Dah selesai cheese tadi letakkan satu tempat dengan biskut dan susu supaya senang nak atur biskut dalam bekas atau loyang. Ambil biskut cream cracker tu remdam dengan susu tambah sikit air panas. Agak-agak basah biskutnya depan belakang terus angkat, jangan sampai hancur tau. 

Memandangkan dekat rumah aku makan sensorang sahaja, kenalah buat dalam tappuware. Mula-,mula aku letak cheese belah bawah sekali, kemudian letak biskut, cream semula atasnya letak milo. Ulang semula caranya, sampai penuh satu tappuware.

Aku sorang je makan, sampai dua bekas aku tibai buat. hahaha.. Nampak kelaparannya di situ? Kalau korang ada masa lapang, buatlah tak sampai 30 minit pun buat cheesekut ini, lebih kurang macam kek batik juga cuma tak payah bakar-bakar. Simpan je dalam peti sejuk, keesokkan hari engkorang makanlah. Sedap okay! Nak letak milo boleh nak letak nestum pun boleh. Letak jerlah apa yang engkorang nak letak. Asalkan kena dengan tekak!

Mudah kan? Motif kita rendam-rendam biskut itu supaya nanti makan tak adalah sampai nak terpatah gigi bila engkorang makan. Ianya lembut tau seperti makan kek bila direndam biskut tu. Nak tahu, kenalah buat sendiri!

 Macam biasalah, bab mengambil gambar aku memang failed. Agaknya aku kena hire photograpers tiap kali nak tayang gambar dalam blog. hehehe.. Inilah rupa cheesekut yang aku bikin haritu.

 Ianya amat sesuai untuk dijamu pada kawan-kawan yang datang bersantai ke rumah. Kalau nak buat cheesekut time hari raya, hari terbuka pun boleh, sedap pun sedap. Yang paling penting, jimat masa dan tenaga.

Jadi, jangan lupa bikin ini Cheesekut okay! Yang pasti membuat anak makan sambil menjilat jari. Jangan pula buat tiap-tiap minggu, gemuk nanti tak memasal menyalahkan aku. Sekali sekala boleh. Selamat mencuba!

Thanks you for reading!

31 comments:

  1. suka resepi simple macam ni. nak bawa bekal pergi pejabat pun senang.

    ReplyDelete
  2. Simplenya ! Kena try buat nih . Terliur sudah . Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  3. wah!!! teringat waktu jualan APK dulu, ini yang kami jual hehe ramai yg beli...

    ReplyDelete
  4. Oh ni lah rupanya cheesekut. Pernah makan tapi tak tau nama. Hahaha tapi kan kalau letak susu full cream rasa muak. Better low fat =)

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa. cara buat pun senang, boleh cuba nie. hehehe :D
    thanks atas resipinyaaa :3

    ReplyDelete
  6. kemain pejam pejam mata pun boleh buat kan. hmmm sedappnyaaaa...dah lama tak buat.

    ReplyDelete
  7. Aaaaaaa nape share ni ish terliurr okkk hihihihi

    ReplyDelete
  8. Wahhh senang nk buat rupanya.. cm sedap

    selamat bercuti semua !!

    Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    ReplyDelete
  9. selalu nampak resipi ni lalu kat FB... tapi belum pernah buat lagi... memalam tgk gambar ni nampak sedap pulak!! haih!

    ReplyDelete
  10. Memang sedap sungguh cheesekut tu, bahannya pun mudah ja nak beli kat kedai runcit..nnt nak try juga la

    ReplyDelete
  11. nampak sgat sedap, lapar pula haha ^^

    ReplyDelete
  12. nasib baik dah kenyang masa tengok gambar ni...kalau tidak mau ke dapur terus buat...heheheh

    ReplyDelete
  13. Saya suke buat cheesekut mcm ni. Mudah. Btw, follow sini #3137 :)

    ReplyDelete
  14. wah simple and looks yummy! nak try one day, thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  15. Dah lama simpan resepi ni..cuma tak tau bila la nak membuat. Simple dan senang je kan.

    ReplyDelete
  16. Pakai Jacobs sbnrnya lg best sbb dia tak berminyak sangat macam Hup Seng.. :)

    ReplyDelete
  17. wahhhh sedapnya... nak try arrrrr ^^

    singgah + follow sini.. :)

    jemput join GA Shawal.. ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/02/daebakfebruary.html

    ReplyDelete
  18. HYEE..THANKS SINGGAH BLOG SYIRA LOKMAN :D DAH LAMA BARU SEMPAT NAK SINGGAH SINI BALAS KUNJUNGAN..DOAKAN SYIRA FOR NEW SEM :D

    ReplyDelete
  19. Thanks for sharing.. kadang2 sambil tgk tv duk cari benda nak kunyah.. ni boleh laa

    ReplyDelete
  20. Sedap ni cheesekut, ada org bg satu bekas.. Hmmm tp skrg tinggal kenangan je la..

    Assalam jemput join GA saya...

    https://www.biskutsemperit.my/2016/02/giveaway-cash-rm30-feb-2016-by-ahbar.html

    Tarikh tutup 17 feb 2016

    ReplyDelete
  21. sedapnyaaa. tapi selalu beli je tak rajin nak buat sendiri hahaha T^T

    ReplyDelete
  22. bestnya nampak dalam gambar ni
    salam perkenalan...saya baru follow blog ni...
    jemput join & Support GA di Blog saya #2 GiveAway by My New Blogger!
    tarikh tamat pada 18/02/16
    thanks...

    ReplyDelete
  23. Sumpah simple wehhhh tapi tak reti and tak pernah buat pun ahahah.

    ReplyDelete
  24. memang simple tapi sedappppp nyummmm....

    ReplyDelete
  25. pernah buat memang sedap.. tp dah malas nak buat..sebab yang makan akak sorang.. gemuk sorang2 lah..suami n anak tak nak makan..hehe

    ReplyDelete
  26. pernah buat memang sedap.. tp dah malas nak buat..sebab yang makan akak sorang.. gemuk sorang2 lah..suami n anak tak nak makan..hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!