Movie Review: Penangan Dilwale - Azwar Syuhada

Tuesday 26 January 2016

Movie Review: Penangan Dilwale

Salam to all readers,

Cerita dah basi barulah aku terhegeh-hegeh nak update kan? Basi tak basi aku tetap nak update disebabkan aku minat gila tengok lakonan Shahrukh Khan dan juga Kajol. Mungkin anda juga peminat tegar mereka siapa tahu kan? Hampir sebulan lebih jugalah cerita ini masih on going dekat panggung wayang. Sebelum berangkat pulang ke kampung halaman lagi, adik saudara aku text ajak tonton wayang cerita dilwale. Aku pun onn jerlah!

Boleh dikatakan cuti kali ini aku banyak juga keluar berbanding cuti-cuti sebelum ini yang mana aktivitinya tak produktif langsung. Jom tengok apa yang menarik mengenai movie Dilwale!

google

Sinopsis Dilwale

Filem terbaru bollywood "Dilwale" 2015 ini mengisahkan tentang seorang jejaka kacak iaitu Raj (Shahrukh Khan) dan seorang wanita anggun iaitu Meera (Kajol) yang saling mencintai. Tetapi cinta mereka dihalang oleh orang tua disebabkan kedua-dua keluarga tidak bersefahaman.

Disebabkan berlaku satu peristiwa hitam menyebabkan pasangan ini terpaksa berpisah dan bermusuhan walaupun dalam hati mereka masih saling mencintai. Setelah beberapa tahun, mereka dipertemukan sekali lagi, disebabkan adik Raj iaitu Veer (Varun Dhawan) telah terpikat dengan adik Meera iaitu Ishita (Kriti Sanon). Hubungan mereka ditentang oleh Meera apabila mengetahui Veer adik kepada Raj. Apabila melihat adiknya Ishita sangat mencintai Veer, Meera tidak sampai hati menghalang lalu mempersetujui hubungan mereka dengan syarat Veer harus melupakan abangnya. 

Bak kata orang, air dicincang tidak akan terputus, Veer mengambil keputusan memilih abangnya. Kerana susah senang abangnya bersama-sama. Walaupun hubungan mereka dihalang, mereka tetap bertemu dan menyiasat apa yang berlaku antara Raj dan Meera. Apabila mengetahui hubungan antara Raj dan Meera dari sumber tak berapa sahih mereka bertungkus lumus untuk menyatukan semula pasangan ini. Adakah mereka berjaya, menyatukan Raj dan Meera kembali? Nak tahu kesudahan, kenalah tengok! 

Pendapat mengenai movie Dilwale

Apa yang dapat disimpulkan, cerita ini amat menarik dan tak rugi perhabis duit tengok wayang! Larilah sejauh mana, kalau dah ditetapkan itu jodoh engkau lari beribu batu pun akan tetap dipertemukan. Biasalah cerita hidustan, kalau tak nyanyi, menari memang tak sah (part ini boring sikit, berzaman jugalah dia menyanyi). Part gempak tak berapa nak logik, boleh tahulah part dimana seorang hero boleh belasah berpuluh-puluh orang. Nampak macho katanya! Dengan audio plus sound nampak gempaklah layan hindustan. 

Aku tak tahulah, Kajol dengan Shahrukh Khan ini makan apa yang menampakkan mereka awet muda. Si Kajol pula makin putih jika nak dibandingkan dulu-dulu kala. Jelas kecantikannya terserlah dalam filem ini. Shahrukh Khan pun tak kurang hebatnya, masih gah dalam pentas lakonan. Yang pasti tak kering gusi gelak tengok cerita ini. Ini antara scene menarik dalam filem Dilwale.

google

google

google


google


google

Director: Rohit Shetty
Duration: 2 hour 38minutes
Rating: 10/10

Andai kata engkorang dah layan movie Dilwale, apa kata engkorang layan cerita ini pula "Bajrangi Bhaijaan". Cerita ini best tapi sedih sikitlah. Lagi menyaat hati. Nak layan? Boleh klik link bawah ini;

p/s: Minggu ini satu rumah demam, perbanyakkan minum air suam memandangkan cuaca tengah panas! 

7 comments:

  1. citer dilwale ni best..lagu dia janam2 tu pun sweet jer..mya tgk 3 ke 4 kali huhu
    cite yg salman khan tu pun best sedih kot..part ending dia budak tu nk bercakap tu.. OmG menitik2 air mata mya..
    smpai anak pun pelik tgk mommy dia menangis beria2..hihi

    jemput dtg blog mya yer
    http://myaleo.blogspot.my/2016/01/assalammualaikum-2016.html

    ReplyDelete
  2. wowow 10/10. kan best kalo Bajrangi Bhaijaan ade tayang lagi.. nak tengok kt cinema.. baru la feeling...uhuhuuh

    ReplyDelete
  3. Ooooooo begini kisahnya....hihi terima qaseh berkongsi

    ReplyDelete
  4. haha..

    ramai jugak yang tengok rupanya ye.

    ReplyDelete
  5. kak mia ni lagi la.. belum sempat nak tengok.

    ReplyDelete
  6. Haah.. Cite bhajrangi 2 lagi syok rasenya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. X b'kesempatan lagi nak tgk crte ni.. Klu SRK tu nmpkla muka tua dia tp kan klu kajol mmg gorgeous btl dia skunk ni...;-)

      Delete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!