Do you know BUNGA_PROJECT? - Azwar Syuhada

Tuesday 22 December 2015

Do you know BUNGA_PROJECT?

Salam to all readers,

google

Sekarang, ramai member-member aku buka bisnes online. Pantang aku on instagram je, bila scroll ig kawan-kawan ada je produk yang mereka jual. Tapi yang menarik, ayat yang digunakan untuk promote produk tersebut walaupun simple tetap menarik perhatian. Sehingga hati kita meronta-ronta nak membeli. Padahal barang tersebut bukanlah penting sangat untuk kita memiliki. Kadang-kadang kita dah miliki belum tentu kita gunakan pun. 

Berbalik kepada BUNGA_PROJECT, ianya merupakan projek pertama yang aku bina. Baru beberapa minggu ia dilahirkan. Puas jugalah memikirkan nama yang sesuai, akhirnya bunga_project menjadi pilihan hati. Buat masa sekarang bunga_project hanya menjual tiga jenis tudung iaitu shawl chiffon, bawal crepe dan juga wide shawl. Aku cuak juga nak mulakan perniagaan ini, memikirkan hal pelajaran aku lagi. Jadi, disebabkan hati ini membuak-buak nak menjadi usahawan di usia muda, inilah masanya. Aku tidaklah mengambil banyak stok, bila orang order baru aku pergi beli. Kalau aku ada duit lebih, barulah aku pergi amek stok banyak sikit. Yang bestnya pula, tempat aku mengambil stok pun dekat, duit tambang nak ke sana pun murah. Jadi jimatlah masa di situ. 

Masa bulan puasa haritu, dengan secara tidak sengaja ternampak sepupu aku and the geng upload gambar kuih, tudung untuk dijual pada orang. Asal sikit sila pm sekiranya. Macam best je, orang main pm2 ini. Aku pula tidak mengambil pot, apa-apa hal pun nenek dia pasti suruh aku merasa juga. Kalau sedap pun, aku terus jerit dari rumah! Ada seorang lagi member, dia buka bisnes offline jual tudung. Dia pergi beli kain, dia jugalah jahit dan jual dekat sekitar taman yang dia duduk. Asal aku lepak rumah dia je, berlambak tudung. Aku pula, asal berkenan amek sahaja bayar kemudian. BFF katakan. Bila aku pakai ke tempat belajar, ada pula kawan-kawan berkenan. Lalu dengan rela hati aku jual tudung yang belum pakai. Dari situlah, aku nampak lubang untuk aku memulakan sesuatu yang boleh mendatangkan keuntungan. Tambah-tambah aku amek kos marketing.

Apa gunanya aku amek marketing kalau aku tak praktik kan dari sekarang. Oleh kerana aku baru setahun belajar marketing, aku tak bolehlah labur juta-juta macam orang-orang lain, setakat 100 dua tu bolehlah. Aku terpaksa mendisplinkan diri, untuk menggunakan loan mara itu secara berhemah. Kalau nak mengharapkan mak aku, mana ada sumber pendapatan yang tetap. Malahan dia ditanggung oleh adik beradiknya. Tambah-tambah, cita-cita aku untuk menjadi kaya di usia muda.

Oleh itu, kawan-kawan semua apa lagi tolonglah support aku punya bisnes yang baru nak naik ini. Kalau taknak beli pun takpe, kamu-kamu semua followlah dulu ig bunga_project. Mana tahu, ada yang berkenan di hati. 





google
Buat masa ini, ini sahaja jenis tudung yang aku jual. Kalau ada rezeki lebih, aku keluarkan design baru okay. Gambar tudung yang upload dekat ig ini semua adalah atas ihsan adik saudara aku. Kalau nak harapkan aku memang caca marbalah jawabnya. Failed terus bila bab tangkap gambar. Tudung-tudung yang aku kebanyakan kawan dia juga beli. Kalau aku tak balik, dialah yang amek order aku tolong amek stok. Mudah kerja aku, bila dia ada. Dia banyak membantu, kenalah bagi komisen sikit!All item yang aku jual buat masa ini adalah bawah RM20.00 not including postage. Saya student, orang-orang yang membeli student. Takdelah aku nak tekan lebih-lebih. Aku harap engkorang semua dapat support bisnes aku ini.
Bila di suruh tangkap gambar, memang eksperasi muka aku takde perasaan. Apa-apa pun jangan lupa support bisnes aku di ig: @bunga_project

More info:
Instagram: @bunga_project
Personal instagram: @azwarsyuhada

Thanks you for reading!

27 comments:

  1. Semoga berjaya dalam bisnes....

    ReplyDelete
  2. wahhh semoga berjaya.. rezeki tu ada dimana2. semua nampak cantik2

    ReplyDelete
  3. wahh cantik betul warna-warna dia ^^

    ReplyDelete
  4. dah follo lama dah.
    suka tengok tudung2 tu.
    tapi tak berapa pandai pakai shawl T^T

    ReplyDelete
  5. Ade gak stalk ig bisnes azwar cuma tak menyempat nk bershopping lg lah. Hehe. All the best ye! :-)

    ReplyDelete
  6. wah... nak buat jugk. boleh ajarkan tak?

    ReplyDelete
  7. nnt qila ada duit lebih qila beli okay?!?!?!?! <3
    wuhuw cecantik semua T_T

    ReplyDelete
  8. Good for you! Saya pun ingat nak buka business sendiri tapi kena tunggu bila balik Malalysia dululah.

    ReplyDelete
  9. Waaahhhh. Nice nice! Semoga dipermudahkan urusan sis! :)

    ReplyDelete
  10. semoga berjaya azwar..tp memang..muka kamu xd perasaan..nampak mcm model kene paksa pakai tudung..hehe ;P

    ReplyDelete
  11. cantik2 semua shawl tu! sekarang ni saya baru try2 nak pakai shawl, hehe. nnti ada duit InsyaAllah saya beli dari akak <3
    goodluck berbisnes!

    ReplyDelete
  12. all the best azwa.. pernah gak buat bisnes tudung haritu tp kejap je haha @90shijab. all the best untuk bungaproject. =D

    ReplyDelete
  13. Semua nampak cantikkk.. Hihihi.. Mudah-mudahan business akak akan bertambah maju.. :D

    ReplyDelete
  14. Hehe.. Gudluck.. nanti kita follow.. ;)

    ReplyDelete
  15. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.CANTIK GILA!

    ReplyDelete
  16. tahniah Azwa! semoga maju jaya. mungkin akan ada halangan tapi biasalah tu, yang penting jangan cepat give up :)

    Hana teringin nak ada bisnes jual buku sendiri hehe

    ReplyDelete
  17. kak sally lupa nak follow! nanti kak sally pi support sana naaa...tahniah dik!

    ReplyDelete
  18. kakwa !! kada buat blog baru :) meh ler singgah huhu

    ReplyDelete
  19. Wah dia pun berbisnes juga, maju juga. Saya juga berbisnes boleh support saya juga. Lawatlah blog saya jika ada masa terluang. Terima Kasih atas jasa Pn.

    http://zatiecreation.blogspot.my/

    ReplyDelete
  20. salam singgah dari blog kak mia.
    semoga dipermudah Allah urusan kita pada tahun ini, Aamiin.

    -cahayakehalusankelembutan.blogspot.my-

    ReplyDelete
  21. bagusnya... ada effort.. gud luck dear...


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #21 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/12/senarai-url-blog-21.html

    maaf ya sangat-sangat, mia baru je sempat nak blogwalking ni... (^_^)

    ReplyDelete
  22. wow... lama tak lepak sini. dah jadi usahawan cik azwa kiter nih
    so proud

    ReplyDelete
  23. Start your day with a morning full of joy? Thank you for the information and we will wait for more information

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!