Patchwork, Sulaman : Handmade by My Mother! - Azwar Syuhada

Wednesday 26 August 2015

Patchwork, Sulaman : Handmade by My Mother!

Salam to all readers,


Selain rumahku dipenuhi dengan pokok bunga dan juga novel, rumah aku pun dipenuhi dengan kain. Kain-kain untuk membuat baju kurung, lapik meja rumah sendiri dan lain-lain lagi. Ini semua hasil kerja tangan mak aku, nak harapkan aku memang aku tak minat menjahit. Jadi, aku tolonglah promote sikit dekat sini, kalau ada yang berminat nak membuat tempahan ataupun membelinya. 

Kali ini, mak aku sedang menggila buat patchwork, macam-macam dia buat. Patchwork untuk lapik meja, binding (alas perabot), pembakar roti dan kalau boleh semuanya dia nak patchwork kan. Bila dah siap barulah aku terhegih-hegih menengok. Bagi mak aku, menjahit satu terapi bagi dia. Pada aku pula, menjahit sesuatu yang leceh dan rumit. Tapi banyak faedah dan peluang siapa-siapa yang menjahit ini, korang boleh buka bisnes, ambil tempahan dan harganya jauh lebih murah dari shopping online. Siapa-siapa yang berminat menghias rumah ala-ala English style, dia minatlah dengan patchwork. Mak aku menggila buat patchwork ini bila melayari laman web Mama Daniel, bila dah tengok rasa nak membuat. Dah buat satu, nak buat satu lagi dan seterusnya. Hasilnya boleh lihat di bawah;

google





Ini yang terbaru disiapkan iaitu alas meja!

Dunia jahitan skopnya luas, bukan semua orang boleh menjahit. Ada setengah orang yang pandai menjahit lebih cenderung menjahit baju kurung, moden, kurung kedah tapi tak berapa pandai menjahit seperti menjahit patchwork sebegini. Macam mak aku, dia hanya cenderung menjahit baju kurung sahaja selebihnya dia fokus pada patchwork serta sulaman.  Kalau orang cekap dan betul-betul handal menjahit, bagilah pola mahupun kain dicerai-ceraikan, pandailah dia membentuknya. Jadi, janganlah cakap orang yang duduk rumah asyik menjahit ini tiada langsung faedahnya. 

Aku pun turut memerhatikan, selain menjahit memasak dari rumah merupakan salah satu peluang yang cerah untuk memperluaskan perniagaan. Sebagai contoh, baking kek, lasagna, popia. Laku wei, memandangkan orang-orang kita makin malas ke dapur. Jadi, pada sesiapa yang menguruskan bisnes dari rumah seperti ini, selamat maju jaya!




Ini pula, sebahagian daripada corak atau tulisan untuk membuat sulaman pada baju mahupun tuala. Harga? Ianya bergantung pada minit untuk menyempurnakan hasil sulaman ini. Warna boleh pilih, untuk disesuaikan dengan baju. Kalau baju kosong, bolehlah hantar pada mak aku untuk tempahan! 

Sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh menghubungi melalui email;

azwa_gem94@yahoo.com

Thank you for reading!

20 comments:

  1. wow... cntiknyaa.....

    ReplyDelete
  2. Cantik-cantik artworks nya :)

    ReplyDelete
  3. Cantiknya. Kreatif betul mak.

    Dulu-dulu takut nak makan telur lepas bersalin. Orang tua-tua kata nanti bernanah MANFAAT MAKAN TELUR

    ReplyDelete
  4. wah, kreatifnya mak ! hm, and rajin of course, teringin jugak nak buat gini, in shaa ALLAH one day..

    ReplyDelete
  5. cantik2 semuanya...memang boleh buat duit ni..hehe

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)

    ReplyDelete
  6. cantiknyaa...lepas ni azwar belajar dengan mak pulak..hehee

    ReplyDelete
  7. salam singgah sini dik....wahhh...kreatifnya mak adik buat....semua cantik2

    ReplyDelete
  8. Cantiknyaaaa, kemas sangat jahitan!!!! Yg paling Arisha suka yg dekat atas skali & alas meja. Menjahit sama macam memasak jugak, kena ada minat kalau inginkan hasil yg sempurna. ;)

    ReplyDelete
  9. cantiknya.....suka tengok patch work ni...nak buat jer malas hehe

    ReplyDelete
  10. lawa2 sgt!

    nak jemput JOIN dan SUPPORT 1st GA ena..: http://www.aeinnamusa.com/2015/08/giveaway-1.0-by-ena.html


    TIA!

    ReplyDelete
  11. cantiknya patchwork mak awk buat..kemas sgt..

    ReplyDelete
  12. pergh tabik spring mak azwa! legend la...lawa plak tu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!