MIcro Foot File: Melicinkan Tapak Kaki! - Azwar Syuhada

Thursday 5 February 2015

MIcro Foot File: Melicinkan Tapak Kaki!

Salam to all readers,


Dua tahun lepas, adik saudara aku ada bawa balik pengilat kuku. Aku duk perhatikan sahaja dia mengasah kuku dia dengan benda alah tu. Aku tanya untuk apa? hahaha..Kelakar pula rasanya tanya soalan sebegitu kerana aku lagi dewasa darinya. Seumur hidup aku tak tahu akan kewujudan benda alah tu. Rupanya benda yang dia duk sental dekat kuku dia tu untuk mengilatkan kuku. Ini cerita dua tahun lepas laa..

Bulan sudah pula, sambil membelik katalog AVON berkenan pula dengan satu benda alah ini. Apa bendanya? Benda alah yang aku maksudkan itu adalah alat melicinkan kulit kaki. Sebenarnya dah macam-macam jenis alat untuk melicinkan kulit kaki ini dijualkan di pasaran dan bermacam-macam jenis jenama ada. Bagus dengan tidak sahaja. Teringin juga nak beli satu disebabkan kulit kaki aku keras dan tak licin. Muda lagi kan lebih baik mencegah dari mengubati. Disebabkan aku ini pula terlampau berjimat jadi aku kalau nak membeli barang sangat-sangat menitik beratkan soal harga dan kualiti barang tersebut. hahaha..

google 
PRODUCT INFORMATION:
Name: Micro Foot File
Price: RM24.00
Where to buy?: Cosway!

Jadi, Inilah dia alat melicinkan tapak kaki yang aku maksudkan itu. Sebenarnya, dah lama cari benda alah ini. Rata-rata aku cari semua harga menjangkau RM30 ke atas. Untuk pengetahuan korang ada juga alat melicinkan tapak kaki secara auto "mesin". Kalau yang auto "mesin" ini mahal sikitlah dalam lingkungan RM100 lebih. Jadi daripada membuang duit, baik beli sahaja yang manual sama sahaja fungsinya. 

google

Cara nak guna alat ini pun senang sahaja, hanya gosokkan sahaja alat ini pada tapak kaki yang merekah itu. Gosoklah sampai puas hati! Lenguh tangan kanan, guna tangan kiri. Kalau pakai "mesin" pun kena juga pegang mesin tersebut. Tiada bezakan? Janji hasilnya sama.


Selepas rasa puas sental tapak kaki tersebut, haruslah buang segala daki dalam alat ini. Caranya, hanya tekan button pada belah belakang. Hasilnya, korang akan nampaklah betapa banyak daki dikaki. bagi Azwar, alat mencantikkan kulit kaki yang dibeli dekat Cosway ini bagus sebab hasilnya memuaskan. Kini, masalah kulit kaki merekah tiada lagi! Tapi bukanlah sekali gosok ianya tiada datang lagi. Ianya sekadar memulihkan semula keadaan kaki. Seperti menyental bajulah, kalau tiada buang dakinya ianya still ada. Bagi yang tiada masalah kulit kaki merekah, engkorang orang yang paling bertuahlah. Paling bernasib baik! Arwah nenek aku dulu cakap, siapa yang kaki merekah ini, orang-orang yang dapat jalan jauh. Ye ke? Sekali pandang, macam betul pun ada! -_-

p/s: Nak cantikkan kaki? Cubalah Micro Foot File ini, hasilnya memuaskan! >_<

13 comments:

  1. Wahhh ! Macam best je. Hahaha. Ada akak borong namploh terus ni kang. :D

    ReplyDelete
  2. wah, macam best je. macma kena beli je.hihi

    ReplyDelete
  3. nak cari jugaklah satu. kaki selalu merekah dekat tumit. hari tu guna losyen lepas tu jadi balik Adehhh T.T

    ReplyDelete
  4. maria selalu buat kat mak maria. hehe

    ReplyDelete
  5. Fuh! Terbaik ni. Terapi untuk kaki setelah seharian dibebani kita. Hehe

    ReplyDelete
  6. best betul ade benda alah ni..tapi tak sakit ye gosok² tu..huhu

    ReplyDelete
  7. Nampak macam bagus je. Saya buat masa ni sapu lotion je supaya tak merekah.

    ReplyDelete
  8. memang sangat2 mencari benda alah ni..ingat harga nya mahal..btw tenkiu share :)

    ReplyDelete
  9. tak pernah guna alat camni. dah murah harganya tu :)

    ReplyDelete
  10. mcm tau2 je kaki saya sangat hodoh

    ReplyDelete
  11. Bagus ada alat ni. Nak try juga la

    ReplyDelete
  12. Mahal la alat nii...btw,visit me on shukranzahari.blogspot.com ...Happy blogging

    ReplyDelete
  13. mcm best je. hehe. belum pernah jumpe lagi

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!