Review : Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda - Azwar Syuhada

Tuesday 31 December 2013

Review : Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Assalamualaikum...

Masih ingattak lagi dengan entry Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda? Pertama sekali, Azwar nak ucap terima kasih kepada kak Mialiana kerana memilih Azwar sebagai salah seorang pemenang produk Ephyra ini. Kalau nak beli sendiri tu, memang tak mampu lagilah.

Ini merupakan kali pertama aku mencuba supplemen kecantikan. Mula-mula takut juga nak mencuba. Ialah mana tahu effect lain yang terjadi akan datang kan? Alhamdulilah sepanjang menggunakan produk emphyra selama 10 hari, ianya memberi kesan yang sangat memuaskan. Apa yang sangat ketara, apabila tiba waktu tengahari sahaja, mata dah tak mengantuk. Dulu apabila masuk tengahari, pasti nak tidur je. Sekarang tidak lagi!! 

Perubahan yang kedua, rambut semakin sihat, lebat dan bersinar. Dulu rambut, bila sikat sahaja pasti gugur banyak. Sekarang, gugur sikit-sikit sahaja. Best kan? Dari segi kulit wajah pula, jerawat-jerawat semakin mengecil dan parut-parutnya pun semakin pudar. Apabila minum ephyra ini, rasa lebih bertenaga bila nak buat kerja. Suka sangat!

Alhamdulillah ini kotak pertama yang telah memberi perubahan dari segi kecergasan, rambut lebih sihat,  dan jerawat semakin kurang. Suka sangat!

Failed gila tangkap picture sendiri. hahaah.. Apa-apapun muka happy semacam setelah minum Ephyra!!! =D

Kalau korang masih tak tahu apa itu Ephyra, korang boleh rujuk di sini Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda. Di situ, ada mengenai apa itu Ephyra, kelebihannya, dari mana ephyra, apa kandungan, dan macam-macam lagi mengenai Ephyra. Kalau korang berminat nak mencuba, boleh dapatkannya di sini http://oceanlife2u.com/.


p/s: Cubalah gunakan produk Ephyra ini. Serius aku cakap, perubahan dapat dilihat dalam masa 7 hari sahaja. Apa-apa pun, produk ini memang the best!! =)


14 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Macam menarik je :)
    Supplemen ni dlm bentuk serbuk ke? Comes in sachet?
    How much?
    Liyana amalkan supplement Ferwhite je buat sementara waktu ni.. Alhamdulillah ok jgk la, rasa muka ni segar, berseri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.
      Supplemen ni dalam bentuk minuman. Bancuh air dan minum. Rasa macam air oren. Harganya boleh rujuk dekat laman web Ephyra. Ferwhite?? Tak pernah try lagi.. :)

      Delete
  2. Wahhh :D Bestnya kak azwar huhuhuhu <3
    Makin cantik lah nanti piwit piwit!!!
    Hehehee

    ReplyDelete
  3. ramai blogger cerita tentang kehebatan produk ni, nanti jika sudah menunjukkan perubahan , share dengan mama ye.. :)

    ReplyDelete
  4. macam best je. nak try jugak la nanti. hehe.
    btw, Happy New Year Azwa :)

    ReplyDelete
  5. wahh ni rahsia dia ye hehehe

    ReplyDelete
  6. akak pn xsabar nk rsa perubahan dia :)

    ReplyDelete
  7. mkin cantiklah azwa past nie..:)
    selamat tahun baru..:)

    ReplyDelete
  8. happy new year azwa :)
    macam best je guna prodak ni,mahal tak azwa ?

    ReplyDelete
  9. okey akak jeles -.-' itu ja nak cakap sebenaq nya :)

    ReplyDelete
  10. 7 hari dah nmpk kesan..memang terbaik la....!

    ReplyDelete
  11. So far dah nak masuk kotak ke-5..Memang puas hati...

    ReplyDelete
  12. hai all.
    sy adelah pengguna setia ephyra..
    dan juga dealer berdaftar ephyra..
    hampir 10 kotak sy minum since pntang bln 3.
    alhamdulillah..
    byk perubahan.
    boleh visit ig sy anamarliana.
    dptkan ephyra utk pakej februari
    atau sms sy 0109828056

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!