Pandanganku di Wad 2 - Azwar Syuhada

Saturday 12 October 2013

Pandanganku di Wad 2

Assalamualikum..

Alhamdulillah, mak aku sudah selamat menjalani pembedahan baru-baru ini. Hampir seminggu jugalah aku ulang alik ke hospital bersama pakcik dan makcik aku. Dalam pada masa melawat mak, sempat jugalah aku memerhati suasana dan juga keadaan di hospital tersebut.

Dalam wad sakit puan di tingkat 2, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Aku dapat memerhati betapa ramainya kaum wanita yang sakit. Nak kata golongan warga tua takdelah ramai sangat yang kulihat, nak kata muda pun tidak, malah ada juga golongan remaja yang berada di situ. Kebanyakan mereka ditemani oleh ibu mereka atau waris mereka sendiri. Kalau dah nama wad sakit puan, maka dah tentu-tentulah berkaitan dengan penyakit keperempuanan. Oleh itu, bagi gadis-gadis di luar sana yang seusia aku seandainya ada masalah period atau lebih di kenali dengan panggilan ABC yang tidak berapa teratur, jangan malu. Seelok-eloknya pergilah merujuk kepada doktor yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia tapi janganlah sesekali merujuk kepada kawan yang tidak bertauliah. Sekiranya ada risalah berkaitan kesihatan di dada akhbar, bacalah. Zaman sekarang ini, kita tidak sepatutnya berasa malu untuk mendapat rawatan. Banyak pilihan yang ada sekarang, cuma nak dengan taknak sahaja.

Sebenarnya, hampir 10 tahun jugalah aku tidak menjejakkan kaki ke hospital untuk melawat orang sakit. Sewaktu aku melawat mak aku, rasa janggal apabila adanya jururawat lelaki di hospital. Sejak mak aku pulang ke hospital, tak putus-putus dia bercerita mengenai kekaguman dia terhadap jururawat yang bekerja di hospital tersebut. Tak dapat dinafikan, aku juga merasa kagum juga melihat mereka bekerja. Kecekapan jururawat-jururawat menguruskan pesakit. Masing-masing tidak menunjukkan riak muka yang kurang senang, atau merempan ketika mengendalikan pesakit yang banyak kerenah. Kalau aku di tempat mereka, dah tentu-tentulah aku merempan. Apabila nak menunggu pesakit nak muntah, sudah semestinya aku yang melambak dahulu. Semestinya, tugas seorang doktor ataupun jururawat ini amat mulia kerjanya kerana mereka sanggup berkorban demin menyelamatkan nyawa pesakit.

Bergambar bersama mak dan juga adik-adik saudara


p/s: Membilang hari dan juga bulan untuk menjalani peperiksaan STPM dan juga menamatkan zaman persekolahan.



35 comments:

  1. Good luck for STPM... all the best... :)

    ReplyDelete
  2. semoga mak adik cepat sembuh.. semoga berjaya untuk stpm nanti...

    ReplyDelete
  3. kerjaya jururawat tu kerjaya yang mulia
    cuma tingkah laku dan tutur kata pada pesakit terutama org tua perlu dijaga kalau tak sia-sia saja

    ReplyDelete
  4. 1st good luck untuk STPM, 2sn moga cepat sembuh mak awk erh..:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dik. Salam Aidiladha.. good luck for your STPM.

    ReplyDelete
  6. Good luck dik & all the best ! :)

    ReplyDelete
  7. semoga mak cepat sembuh! all the best for stpm azwa :)

    ReplyDelete
  8. get well soon utk makcik!

    p/s:best of luck utk STPM!

    ReplyDelete
  9. last mama ke HTAR, masa melahirkan anak mama yang sulung.. tu pun dah kat 8 tahun lepas... makcik mama staf di situ.. :)

    ReplyDelete
  10. Gud Luck untuk STPM.. semoga habis zaman persekolahan dengan penuh kejayaan dan senyuman :D

    Moga mak sembuh dengan cepat aminn :D

    ReplyDelete
  11. Aah, memang agak kelam kabut berada di hospital. Jadi doktor pun susah jugak...
    All the best in ur stpm

    ReplyDelete
  12. Semoga mak adik cepat sembuh ye...dan good luck utk STPM :)

    ReplyDelete
  13. Semoga mak azwa cepat sembuh yer..
    Gud luck in ur STPM too.
    Buat yg terbaik yer.

    ReplyDelete
  14. Salam Azwar =) alhamdulillah la mak dah kuar hospital..nk jd nurse ni kena btol2 minat..kalau xminat..jd cm awak la ha3..sy rindu dgn wad..dah lama xprgi kui3..nway good luck 4 ur stpm

    ReplyDelete
  15. Hye rakan blogger , ain dtg singgah sini dan komen, singgah lah blog ain
    BLOG AIN DISINI
    follow jugak, NAK LANGSINGKAN BADAN?, KLIK SINI : JOM LANGSING BERSAMA ;)

    ReplyDelete
  16. moga mak sembuh ye . smelah nsb kita azwar oii . um stpm lak kita dh stdy ke

    ReplyDelete
  17. ASsalamualaikum ...

    Rasanya lama dah tak singgah blog ni.

    Didoakan moga dapat jawab dengan baik setiap soalan STPM tahun ni.

    Moga lulus dengan cemerlang.

    Susah jugak blog saudari ni takde commentluv.

    Apapun ni post terbaru saya - http://www.asyrofasristudio.com/blogger-im-back/ -

    ReplyDelete
  18. mak akak sakit apa? bella pun dah lama tak jejak hospital. last haritu pun time jaga anak sedara sakit. all the best kak. STPM dah tak lama kan? gudluck ^^

    ReplyDelete
  19. Semoga mak awk cepat sembuh :) sy pun tengah tunngu nk abis exam stpm ni :)

    ReplyDelete
  20. Semoga mak akak cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  21. Last pergi hospital waktu adik sy accident beberapa tahun lepas. Tak suka sgt pergi hospital. Rasa semacam je. Hehe

    btw jom singgah blog sy. :)

    ReplyDelete
  22. good luck kak!!! all the best

    ReplyDelete
  23. All the best for STPM. Dan smoga mak sis cpt sembuh :)

    ReplyDelete
  24. moga mak azwar cepat sembuh..good luck stpm :)

    ReplyDelete
  25. semoga mak awak semakin sembuh...
    komen sini sambil klik iklan nuffnang ye..huhu

    ReplyDelete
  26. done follow here.. hope follow back kay

    ReplyDelete
  27. And that's the way it should be. Profesional time waktu bekerja.

    ReplyDelete
  28. SEMOGA MAK AZWAR TAK SAKIT DAH LEPASNI ! :D

    ReplyDelete
  29. salam blogwalking. selamat menempuh STPM.

    memori amek exam STPM dulu sampai sekarang takleh lupa, rasa macam nak ja amek STPM lagi. hehehehehe

    ReplyDelete
  30. I wished your mum to get well soon :)

    takde update baru? hehe

    ReplyDelete
  31. Betul Azwar bukan mudah nak jadi jururawat....mmg tugas yg mulia...Jaga mak sendiri pun pikir 2 kali inikan lagi orang lain kan...Moga mak cepat sembuh!

    ReplyDelete
  32. good luck ya.. do your best.. in sha allah. kalau dah study betul2, mesti boleh buat punya.. :)

    ReplyDelete
  33. good luck ya.. do your best.. in sha allah. kalau dah study betul2, mesti boleh buat punya.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!