Tips: Mengempiskan Perut Buncit - Azwar Syuhada

Friday 30 August 2013

Tips: Mengempiskan Perut Buncit

Assalamualaikum..

Sepanjang musim perayaan ini hawa telinga aku sering mendengar lagu raya dan juga irama mengenai perut buncit di corong radio. Mungkin sepanjang raya ini, korang asyik terima jemputan rumah terbuka, kenduri kawen dan kenduri kendara orang nak pergi haji. Sudah tentu aktiviti makan itu tidak pernah surut. Tambah-tambah, bila sudah berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Sedar tak sedar, kita sudah terlebih makan, balik sahaja sudah pasti mata mengantuk dan tak melakukan senaman. Dari sinilah, perut buncit, boroi terjadi. Apa-apa pun, di sini aku sediakan tips bagi mengempiskan perut buncit.

Antara tips mengempiskan perut buncit :

1) Air putih/mineral
- Air putih mampu membuatkan korang berasa kenyang serta meningkatkan kadar metabolisme badan. Oleh itu, jangan lupa untuk minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

2) Senaman
- Senaman juga penting! Lakukan gerakan bangkit tubi kerana ia adalah cara terbaik untuk menguatkan otot abdomen serta bahagian oblique, selain mengurangkan lemak dan mengempiskan perut.

3) Berkebun
- Dipercayai aktiviti berkebun boleh mengurangkan berat badan yang mana ia mampu membakar 350 kalori dalam tempoh sejam.

4) Plank
- Plank adalah gaya dalam pilates dan yoga yang mana bertujuan menguatkan otot utama seperti belakang tubuh dan tangan serta mengempiskan perut. Lakukan senaman ini sebanyak tiga set dengan kiraan 15, 12 dan 10 ulangan atau selama 30 saat untuk mendapatkan kesan yang dimahukan.

5) Buah-buahan
- Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian korang kerana kedua-dua makanan itu mempunyai serat yang tinggi. Walaupun korang mengambilnya dalam jumla yang banyak, korang tidak perlu risau tentang pertambahan lemak di bahagian perut.


Sumber : Utusan Malaysia


p/s : Kerja PBS aku, sudah pun selesai. Sekarang tengah sibuk buat viva pula. Doakan ya!!! -_-





7 comments:

  1. Hoho..Nice sharing! Boleh dipraktiskan nanti,hehe..

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang menarik ni..nice ^_^ thanks ^_^

    ReplyDelete
  3. tips best ni.. mama adoi, segan nak beritahu, sejak lepas bersalin tak mahu lari lemak kat perut ni, manja betul ye..

    ReplyDelete
  4. nice tips =)..tp suka yg no5..yg lain jrg sgt2 bt he3..

    ReplyDelete
  5. Bab air putih tu mieya sokong 100%. Banyakkan minum air putih tu jugak boleh bantu untuk turunkan berat badan. Sebelum nak tunang hari tu mieya minum 6 botol air yang 1000ml tu & memang berat banyak turun! Hihi

    ReplyDelete
  6. hye sis comel.owh kak lea selalu pesan kat hubby,b4 makan minum dulu air suam.dia tak mau.raya ni makin dia buncit dah tu makan tak reti nak berpada-pada he3...nice sharing dear :)

    ReplyDelete
  7. perut dah kempis azwa...tips untuk gemuk xde ker?hehee

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!