#Setapak ke-19.. - Azwar Syuhada

Saturday 2 March 2013

#Setapak ke-19..


Tik! Tok! Tik! Tok!! Beberapa saat lagi menandakan pukul 12.00 tengah malam dan juga menandakan hari esok menjelang tiba yang begitu bermakna buatku, kerana esok 2/3/2013 merupakan tarikh keramat aku dilahirkan di dunia pada tahun 1994. Walaupun dah masuk 19 tahun 2/3/2013, namun menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, (tuan punya badan yang melahirkan akulah) bila azan asar berkumandang, itulah waktu yang betol-betol kelahiran aku. Zaman sekarang orang suka berbangga menyambut valentime day, tapi tidak aku!! Aku lebih berbangga menyambut hari kelahiran aku sendiri, walaupun seorang diri..hahaha... Tahun sudah tarikhnya jatuh pada hari Jumaat, tapi tahun ini jatuh pada hari Sabtu. 

Esok genap umur aku 19 tahun. 19 tahun?? Inilah masa remaja yang sangat mencabar, kata-kata dari arwah nenek. Bagaimana cabaran akan datang...Pahit ke?? Manis ke? or Kelat ke?? Kalau aku tak pandai jaga diri maka aku akan terjerumus. Bak kata bidalan dulu-dulu, menjaga lembu sekandang lebih senang dari menjaga anak perempuan. Tapi bila aku fikirkan balik, ada betolnya juga kerana menjaga lembu ini memang banyak dapat hasilnya. Tapi kalau dah nama pun perempuan (anak pompuanlah) banyaklah masalahnya. Kalau cetek akalnya pun susah, terlebih pandai pun susah dan kalau terlebih cantik jadi buruan orang pula. Malah kalau terkurang cantik pun susah.

Aduhaii... susahnya nak jadi pompuan kan??hahaha.. Tambah-tambah lagi terlebih ramai pompuan yang cerdik pandai. Nak masuk universiti pon susah. Itulah namanya perempuan. Kenalah belajar bersaing. Kita nak bersaing pon mestilah dengan cara yang sihat.

Jadi, sebagai anak pompuan mithali (terlebih sudah), aku harus bergantung pada diri sendiri. Dari segi pelajaran,tingkah laku,malah pergaulan sekali pon. Bukanlah nak menyombong diri. Lagi pula, zaman sekarang ni, semuanya kena bersaing. Zaman sekarang bukanlah masa zaman tok nenek kita dulu-dulu. Zaman sekarang ni, peluang tu memanglah banyak yang disediakan oleh kerajaan tapi persaingannyalah yang maha hebat. Kira lelaki atau perempuan sapa yang pantas, dapatlah dia peluang yang baik. Kalau lambat, lambatlah dapat hasilnya.

Aku ini, bukanlah Cinderella mahupun anak orang senang yang bila nak dekat hari jadinya akan buat 'BIRTHDAY PARTY'. Birthday yang aku paling ingat sampai bila-bila, adalah sewaktu di bangku sekolah rendah. Masa itu, arwah atok belikan kek sempena birthday aku!! Paling tidak pon, mak aku akan bikin nasi ayam, bila menyambut hari kelahiran anaknya. Aku ini dari kecik dibesarkan, oleh nenek, atok dan mak!! Tapi kini, orang keliling aku hanya, ada mak, abang, adik lelaki dan mak usu aku. Sampai sekarang, aku tak percaya yang aku ada adik darjah 5!! Yang aku tahun ini, berusia 19 tahun.

'Mak aku selalu berpesan pada aku, hidupnya jangan terlalu bergantung pada lelaki.'

Yup, memang ada betolnya perempuan tidak boleh terlampau bergantung pada lelaki. Ia mesti ada tapak yang kukuh untuk diri sendiri terutamanya dalam pendidikan & kemahiran supaya kelak hidupnya boleh menjamin diri sendiri dan kehidupan  akan datang.

Jadi aku hendaklah berusaha dari sekarang. Memandangkan aku seorang sahaja anak perempuan. Bukanlah, 19 tahun lambang berfoya-foya, membuang masa dan melepak. Sebaliknya umur 19 tahun aku ini, adalah permulaan kehidupan di masa akan datang. Chaiyok!! Chaiyok!!..Wait!! Sebelum aku terlupa, tadi Min Ho aku ada wish,..hahaha...Tak caya?? tengok ni....

Wah!! Terharu Lee Min Ho, wish birthday aku!!... hahaha..

Agak-agaknyalah, ada tak korang perasan perubahan di dalam blog aku ini??hahaha... Aku dengan penuh gigihnyalah tacapkan blog sempena Birthday aku ini. Kalau para blogger lain, dia akan buat segmen sempena  Birthday dorang, tapi tidak aku. hahaha.. Unik kan? Tapi menyusahkan juga..hahaah.. >_<

Aku pun nak ucapkan terima kasih pada korang semua sebab tak putus-putus support azwa!! Lagi-lagi time blog terdelete haritu. Akan kuingat sampai bila-bila. Tapi aku bersyukur jugalah, diam-diam tak diam blog aku yang baru ini dah genap 2 bulan!! Terima kasih kepada blogger yang letak azwa dalam bloglist, walaupun dah jarang update. Terima kasih sekali lagi!! =/

Note: Sebenarnya, minggu ini aku tidur tak menentu menyiapkan kerja. Lepas satu karangan, ke satu    karangan. Naik tepu otak ni.. >_<
p/s: Agak-agaklah kan, kalau aku berumur 50 tahun nanti, ada ke aku gigih buat entry yang bertajuk 'KINI AKU BERUMUR 50 TAHUN', dengan penuh bangga ..hahaha.. >_<


43 comments:

  1. Laa, kita sebaya rupanya.. walaupun iha bukan la retis mcm Min Ho tapi nak wish jugak ni :P
    Selamat Hari Jadi Azwar, semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia bersama yang tersayang, dan berjaya dunia akhirat.. Amin.. xoxo :)

    ReplyDelete
  2. betol tu..tak perlu begantong sangat pada lelaki...ALLAH sentiasa bersama kita

    ReplyDelete
  3. hehe..boleh je buat entry 50 tahun tu..Akak dah nampak banner adik awal2 lagi. hehe..dah tak suprise. heee. Selamat Hari jadi adik, semoga panjang umur, dan dimurahkan rezeki. Beroleh rahmat dari Allah di dunia dan akhirat. Good luck untuk STPM ye.

    ReplyDelete
  4. wahhh , happy birthday yaa :D hehehe

    ReplyDelete
  5. Selamat hari jadi adik.. Moga kebahagian terus mengiringi perjalanan hidupmu. Betul, jangan terlalu bergantung kpd lelaki. Mmg kita memerlukan mereka tp biarlah berpada pada. Secara zahirnya kita miliki kekuatan yg sama. U can do it better than ever u think.
    Goodluck, teruskan melangkah kerana sesuatu sedang menanti anda dihadapan..

    ReplyDelete
  6. Happy birthday to you :) akak ni umur 22 tapi ade adik umur 1 tahun setengah.. Hehehe.. Bila ada baby dalam family rasa meriah :)

    Selamat maju jaya dalam pelajaran ^_^

    ReplyDelete
  7. Alles liebe zum Geburtstag suesse!
    Happy Birthday sweetie!
    Akak doakan dik dipanjangkan umur, murah rezeki,sihat selalu dan berjaya didunia dan akhirat.. :)

    ReplyDelete
  8. selamat menyambut ulangtahun kelahiran ye..bila umur meningkat..itu bermakna ajal juga semakin menhampiri kita..moga kita sama2 lebih giat berusaha mencari kejayaan dunia dan kecemerlangan akhirat..

    ReplyDelete
  9. happy birthday sayang, hehehe

    ReplyDelete
  10. Happy sweet 19 birthday dear.. :)

    ReplyDelete
  11. Happy birthday yang ke-19 tahun, Azwar! ^_^ Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu ;D hehe

    ReplyDelete
  12. happy belated birthday. ;)
    mak w pun slalu pesan mcm tu, sbb tu dia suruh blajaq elok2, biar ada pndidikan. andaikata jodoh xpnjang, lelaki dump kita, kita still boleh teruskan hidup. :D

    ReplyDelete
  13. Genap 19 thn... Happy birthday yer...

    ReplyDelete
  14. happy belated birthday :)..sorry lambat wish

    ReplyDelete
  15. semlm birthday awak. harini birthday akak. kita geng pisces lah ni kan hihi. happy birthday to you sweetie pie. may Allah bless you always :)

    ReplyDelete
  16. ppeeewiiit. .kta pun bfday ari nie. . :D

    happy bfdy :)

    ReplyDelete
  17. hepi besday :)
    moga terus membesar dgn sihat.. huhuhu

    ReplyDelete
  18. Selamat hari lahir adik azwa.. kak dieba doakan semoga panjag umur dan murah rezeki..

    ReplyDelete
  19. Happy belated birthday, Azwa !
    Selamat Hari Lahir :)

    ReplyDelete
  20. selamat hari lahir
    kalau umur 50 masih berblog kemungkinan ada la entry tajuk tu
    hohoho

    ReplyDelete
  21. hepi bday azwa..aku pun jarang sambut befday ni..

    ReplyDelete
  22. Selamat hari lahir :) Kalau dekat Mesir ni waktu dia lewat 6 jam.

    ReplyDelete
  23. happy belated birthday akak ! may Allah bless . mmg masa remaja ni la yg paling mencabar . kena jaga diri baik2 . lebih2 lagi kita ni perempuan . hehe

    ReplyDelete
  24. ewah2 siap leeminho lagii hehehe

    ReplyDelete
  25. Woot Happy Belated birthday! Eh ada gmbr pakwe kite la ahaha

    ReplyDelete
  26. omg lee min ho kat situ . hahha happy birthday little girl :P
    hehe

    ReplyDelete
  27. wah selamat hari lahir, selamat hari tua moga dopermudahkan la segala2nya ye :)

    ReplyDelete
  28. agaknya kalau masa 50 tu azwar masih berblog...mesti dalam entri tu terselit gambar bersama anak-anak plak :P hehe

    ReplyDelete
  29. alamak dik, akk lmbat terjah sini..boleh lagi tak nak wish? ;)

    happy belated besday syg..moga jadi anak yang terbaik ye..:)

    ReplyDelete
  30. lama tak datang sini xD busy sikit kak . hehe happy belated birthday! :D

    ReplyDelete
  31. Happy birthday . may Allah bless u :)

    ReplyDelete
  32. happy belated birthday ye,, :) moga Allah lindungi sgala perjalanan hidup di dunia ini.. :)

    ReplyDelete
  33. msh belum terlambat rasanya tuk wish hpy bufday.. smoga berjaya dalam apa jua diceburi

    ReplyDelete
  34. hoho. SELAMAT ULANG TAHUN KEJADIAN yg ke-19!!

    Semoga umur diberkati. Dipermudahkan urusan. Dimurahkan rezeki. Err, nak jugak ckp cepat2lah kahwin ehhh *itupun klu dah bersedia la, abaikan klu sebaliknya*

    ReplyDelete
  35. selamat hari jadi ! :D lambat wish hehehe

    ReplyDelete
  36. Selamat hari lahir dik.. thanks datang ke blog akak

    ReplyDelete
  37. sama tarikh birthday dgn min ho ya? wah.. min ho baca ni.. entry khas dr azwar..hehe..walaupun dh lps, tp nk wish jugak.. Selamat Hari jadi, semoga panjang umur, dan dimurahkan rezeki. Beroleh rahmat dari Allah di dunia dan akhirat. Good luck untuk STPM ye. :)

    ReplyDelete
  38. salam..

    aloo terlepas nk wish..huu
    anywat hepi belated bufday ye..smoga pnjg umo sntisa dberkati Allah..amin =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!