Azwar Syuhada

Saturday, 3 October 2026

Merancang Nak Hamil? Ini Perkara Tentang Kesuburan Yang Wanita Perlu Tahu
12:33 pm0 Comments

Sebelum Nak Hamil, Ini Perkara Tentang Kesuburan Yang Wanita Perlu Tahu 



Bila bercakap tentang merancang untuk hamil, perkara pertama yang biasanya bermain di fikiran ialah waktu subur, pemakanan, vitamin atau macam-macam ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.


Tapi sebenarnya, persediaan sebelum hamil boleh dimulakan lebih awal.


Bukan hanya apabila kita sudah mula mencuba untuk mendapatkan anak.


Kesihatan tubuh, hormon, berat badan, gaya hidup dan juga kesihatan reproduktif kedua-dua pasangan adalah antara perkara yang wajar diberi perhatian sebelum merancang kehamilan.




Baru-baru ini, aku berkesempatan mengikuti What Women Want Forum: Before We Bloom – A Couple’s Guide to Pre-Pregnancy, anjuran Parenthood Media bersama Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) yang berlangsung di MyTOWN, Atria Shopping Gallery.


Forum ini cukup menarik kerana ia membuka ruang untuk wanita dan pasangan mendapatkan informasi yang lebih jelas mengenai kesuburan, kesihatan hormon, persediaan sebelum hamil serta faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi peluang untuk hamil.


Kesihatan Sebelum Hamil Pun Penting

Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah tentang pentingnya menjaga kesihatan sebelum kita mula merancang kehamilan.


Dr Raymond Lim, Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G)


Kadang-kadang kita rasa, "Nanti bila dah nak cuba pregnant, barulah jaga."


Sebenarnya, mengenali keadaan kesihatan diri lebih awal boleh membantu kita memahami tubuh sendiri dan mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang masalah kesihatan yang mungkin memberi kesan kepada proses kehamilan.


Dr Lim Sue Wen, Pakar Endokrinologi


Dalam forum ini, Dr Raymond Lim, Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) dan Dr Lim Sue Wen, Pakar Endokrinologi dari Pantai Hospital Kuala Lumpur turut berkongsi mengenai beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kesuburan.


Antaranya termasuk:

Usia

Kesihatan hormon

Berat badan

Pemakanan

Aktiviti fizikal

Tekanan

Keadaan kesihatan tertentu

Kesihatan reproduktif kedua-dua pasangan


Beberapa keadaan kesihatan seperti polyendocrine metabolic ovarian syndrome (PMOS), endometriosis, masalah tiroid dan diabetes juga boleh memberikan cabaran kepada proses untuk hamil.


Sebab itu, kalau ada sebarang tanda atau masalah kesihatan yang merisaukan, jangan sekadar membuat andaian sendiri.


Dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor supaya kita lebih memahami keadaan tubuh dan pilihan yang tersedia.


Nak Hamil Bukan Tanggungjawab Wanita Sahaja

Ini antara perkara yang saya rasa sangat penting untuk kita bincangkan secara terbuka.


Apabila pasangan mengambil masa lebih lama untuk mendapatkan zuriat, kadang-kadang wanita yang terlebih dahulu dipersalahkan atau dianggap sebagai punca.


Hakikatnya, kesuburan melibatkan kedua-dua pasangan.


Faktor lelaki juga boleh menyumbang kepada masalah kesuburan. Jadi, sekiranya pasangan mengalami kesukaran untuk hamil, penilaian kesihatan mungkin perlu melibatkan kedua-dua pihak dan bukan wanita sahaja.


Pada masa yang sama, kesihatan dan gaya hidup kedua-dua pasangan juga boleh memainkan peranan. Pemakanan, berat badan, aktiviti fizikal, tekanan dan keadaan perubatan tertentu merupakan antara perkara yang boleh diberi perhatian.


Bila perkara seperti ini dibincangkan secara terbuka, sekurang-kurangnya pasangan boleh mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan membuat keputusan berdasarkan nasihat profesional, bukannya bergantung kepada andaian atau cerita orang lain.


Jumpa Pakar Kesuburan Tak Semestinya Terus IVF

Ini juga antara salah faham yang sering kita dengar.


Ada yang mungkin beranggapan apabila sudah berjumpa pakar kesuburan, langkah seterusnya mesti IVF.


Sebenarnya, konsultasi kesuburan bermula dengan memahami keadaan dan faktor yang mungkin menyebabkan seseorang atau pasangan mengalami kesukaran untuk hamil.


Setiap pasangan mempunyai keadaan yang berbeza.


Bergantung kepada penilaian doktor, pilihan yang dicadangkan juga mungkin berbeza. Ia boleh merangkumi perubahan gaya hidup, ubat-ubatan, rawatan bagi masalah kesihatan tertentu atau rawatan kesuburan berbantu seperti IVF sekiranya bersesuaian.


Jadi, mendapatkan konsultasi atau pemeriksaan awal tidak bermaksud seseorang itu mesti terus menjalani IVF.


Sebaliknya, ia boleh menjadi langkah untuk memahami keadaan tubuh sendiri dengan lebih baik dan mengetahui apakah pilihan yang sesuai berdasarkan keadaan individu.



Top 3 pemenang yang menjawab quiz dengan pantas dan tepat

Before We Bloom, Jaga Diri Dari Sekarang ❤️

Bagi saya, antara mesej paling penting yang saya bawa pulang daripada forum Before We Bloom ini ialah persediaan untuk kehamilan bukan hanya bermula apabila kita sudah nampak dua garis pada UPT.


Ia boleh bermula jauh lebih awal — dengan menjaga kesihatan diri sendiri.


Kalau sedang merancang untuk mempunyai anak, mungkin sekarang adalah masa yang sesuai untuk mula memberikan perhatian kepada kesihatan secara menyeluruh.


Jaga pemakanan, kekal aktif, beri perhatian kepada berat badan dan tekanan, fahami kitaran serta kesihatan reproduktif sendiri dan jangan abaikan sebarang masalah kesihatan yang sedia ada.


Dan yang paling penting, jangan takut untuk bertanya.


Kalau ada perkara yang kita tidak pasti mengenai kesuburan atau kesihatan sebelum hamil, berbincanglah dengan doktor dan dapatkan maklumat daripada sumber yang betul.


Setiap pasangan mempunyai perjalanan yang berbeza. Apa yang sesuai untuk seseorang mungkin tidak semestinya sesuai untuk orang lain.


Jadi, daripada membandingkan perjalanan kita dengan orang lain, lebih baik kita kenali tubuh sendiri dan dapatkan pandangan profesional apabila diperlukan.


Before we bloom, let's take care of ourselves first. ❤️


Terima kasih kepada Parenthood Media dan Pantai Hospital Kuala Lumpur kerana membuka ruang untuk perbincangan yang lebih terbuka mengenai kesuburan, kesihatan hormon dan persediaan sebelum hamil.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan pakar di Pantai Hospital Kuala Lumpur, boleh layari laman rasmi Pantai Hospital Kuala Lumpur dan dapatkan nasihat perubatan daripada profesional kesihatan yang berkelayakan.

Reading Time:

Tuesday, 28 April 2026

First Time Try Period Underwear Go&Move™ — Worth It Ke Tak?
8:30 am0 Comments

 

Salam to all readers,


First Time Try Period Underwear Go&Move™ — Worth It Ke Tak? | Entah kenapa lately ni makin kerap nampak orang share pasal period underwear. Dari TikTok sampai ke blog, semua macam convince cakap benda ni life-changing. Tapi biasalah… kita ni jenis yang kena try sendiri baru percaya.

Awalnya memang rasa pelik.


Serius ke pakai seluar dalam je tanpa pad? Tak rasa “insecure” ke? Tak bocor ke? Tambah diri aku ni jenis cepat panic, setiap kali period je, mesti aku standby kain batik kalau nak duduk mana-mana, takut melekat. 


Sampailah satu hari, member sendiri cerita dia dah cuba. Dari situ terus terdetik—okay, maybe this is the time untuk aku try juga. So kali ni aku pilih Go&Move™ Period Underwear. Nak tengok sendiri, betul ke sehebat yang orang kata tu.



Apa Itu Period Underwear Ni?

Untuk yang masih blur, period underwear ni sebenarnya seluar dalam yang direka khas untuk serap darah period—tanpa perlu pakai pad atau pantyliner. Senang cerita tak perlu pakai pad pun.


Yes, just pakai macam biasa… dan itu sahaja.


Konsep dia simple tapi menarik:
Praktikal, selesa dan lebih hygienic kalau kena gaya.

 

Jadi aku memilih untuk try Go&Move™  underwear. Kalau korang nak tahu, brand Go&Move™ ini datang dari negara Taiwan dan antara pioneer untuk underwear brand. Kalau korangbeli underwear dari brand Go&Move™  ini, korang akan dapat packaging jenis clean & premium. Siap ada label manufacturing dan expiry date (boleh tahan sampai 10 tahun tau!). YES!! Boleh tahan sampai 10 tahun kalau nak letak dekat storeroom, tapi bila korang pakai masa period je, boleh pakai up to 2 tahun sebab ni hygiene produk, still kena tukar. Ia didatangkan dengan pelbagai jenis saiz iaitu high & mid waisted dan mempunyai 2 warna.


Jenis-Jenis Yang Ada


Go&Move™  ni bukan one type fits all. Dia ada beberapa pilihan ikut flow & waktu pakai:

  • Mid-Waisted Rayon Leak-Proof Briefs (Daytime Heavy Flow)
  • Mid-Waisted Rayon Leak-Proof Briefs (Overnight Heavy Flow)
  • High Waisted Rayon Leak-Proof Briefs (Maxi / Heavy Flow)
  • High Waisted Seamless Leak-Proof Briefs (Moderate Flow)

Jadi, aku decide untuk try 2 jenis dahulu iaitu Mid-Waisted Rayon Leak-Proof Briefs- Day Time Moderate Flow & Mid-Waisted Seamless Leak-proof Briefs-Overnight Moderate Flow. Saja start slow dulu. Kalau ngam, baru tambah koleksi nanti.


Apa Yang Buat Go&Move™ ini Berbeza?


Yang buat aku curious sangat—dia ada 3 layer fabric technology. Boleh lihat gambar dibawah.




Jangan risau, Go&Move™ Period Underwear ini telah diuji dan disahkan bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti PFAS. Malah, ia turut mendapat pensijilan keselamatan daripada SGS, menjadikannya pilihan yang lebih selamat dan mesra untuk kulit sensitif.


Maknanya bukan kain biasa. Setiap layer ada fungsi tersendiri:

  • serap cecair dengan cepat
  • kunci kelembapan
  • elak bocor
  • kekalkan rasa kering

 

Dan paling penting—tak nampak tebal pun dari luar.


Kelebihan Yang Buat Aku Berani Nak Try Go&Move™  Underwear.


Antara yang betul-betul buat aku rasa “okay, maybe boleh percaya ni”:

  • Boleh serap sehingga 30ml (lebih kurang 3 pad, 1 pad 10ml) both daytime & nightime absorbs up to 3 pads (for moderate flow)
  • Teknologi leak-proof (kalis bocor)
  • Breathable & ultra thin (tak panas, tak bulky)
  • Odor-free & antibacterial

Size pun lengkap dari S sampai XXXL, so memang inclusive untuk semua. Tak payah runsing kot-kot takde size.






Ia didatangkan dengan patented leakproof technology, which means the period will be stop right of the edge (you can see above picture daytime underwear, the third layer fold at both 2 sides)

 

First Time Pakai — Nervous Tu Ada


Disebabkan ini first time, aku tak berani terus pakai hari pertama period. Tahu jerlah, kalau first da mesti heavy, dan aku pun cuak. Aku start hari ketiga—flow masih heavy tapi tak terlalu ekstrem.


Masa first pakai tu… jujur memang rasa macam,
“Eh okay ke ni?” betul ke tak bocor?


Tapi lepas beberapa jam… rasa tu slowly hilang. Paling syok sangat sebab selesa pakai takde rasa gatal-gatal. Kalau kita pakai pad, ada masa dekat bahagian Miss V tu rasa gatal-gatal dan tak selesa. Had ni tidak ya.






Apa Yang Aku Rasa Sepanjang Pakai Period Underwear Go&Move™


1)    1) Selesa Yang Tak Dijangka
Ini paling surprising. Kain dia lembut, tak panas walaupun pakai lama. Bila pakai 8 jam tak rasa gatal-gatal  sebab 3-layer dekat gusset zinc ion antibacterial, takkan inhibit bakteria, jadi pun takde bau macam you guys pakai pad. Yang best, tak ada rasa “basah” macam kita bayangkan. Permukaan dia still rasa kering.

 


2)     2) Zero Leaking — Ini Yang Paling Penting
Honestly, ini biggest concern aku. Tapi sepanjang pakai—siang sampai malam, termasuk bergerak aktif—memang tak ada leaking. Untuk overnight version, coverage belakang dia lebih luas. Jadi tidur pun rasa secure, tak ada drama cadar kotor ke apa.


 

3)    3) Tak Perlu Fikir Banyak Benda
Kalau pakai pad, kita selalu overthink:

  • pad senget ke
  • dah penuh ke
  • bocor ke

Dengan period underwear ni… semua tu tak ada. Pakai je, jalan macam biasa. Simple.


4)    4) No Odor — Lebih Confident
Ini satu lagi benda yang aku perasan. Walaupun pakai lama, tak ada bau yang mengganggu. Rasa lebih yakin especially kalau keluar lama atau jumpa orang.

 


5)    5) Mudah & Jimat Dalam Jangka Panjang
Lepas ini tak payah dah susah-susah spend money beli pad..
Tak perlu tukar setiap few hours.

Lepas pakai, basuh dan guna balik.

Senang + eco-friendly juga sebenarnya.


 Cara Penjagaan Period Underwear Go&Move™


  1. Rendam & cuci perlahan

Rendam seluar dalam dalam air sejuk bersama detergen lembut selama 3–5 minit. Gosok perlahan dan bilas hingga bersih. Bila gosok jangan guna brush sebab gusset ungu jadi kasar (first layer fabric halus originally, darah keluar senang), guna tangan je lah. Elakkan penggunaan peluntur dan jangan gunakan mesin pengering.


2. Basuhan mesin (opsyenal)

Jika menggunakan mesin basuh, masukkan seluar dalam ke dalam beg pakaian terlebih dahulu. Gunakan mod basuhan lembut dengan air sejuk untuk menjaga kualiti fabrik.


3. Pengeringan

Gantung kering di dalam rumah untuk mempercepatkan proses pengeringan dan mengekalkan bentuk kain.


Nota: Untuk kita kaum perempuan nak solat, ada baiknya kita asingkan panty ketika suci dan haid. Kebersihan lebih terjaga, sebab masa kita datang haid, bakteria senang lekat, so ada baiknya kita asingkan siap-siap supaya tak bercampur dengan yang bersih.


Overall Experience Pakai Go&Move™ Period Underwear— Berbaloi Ke?


Honestly… ya, berbaloi untuk cuba. Aku sendiri pun tak sangka akan suka. Dari rasa skeptical terus jadi curious nak guna lagi.


Next step?


Aku nak test pakai hari pertama period pula—nak tengok betul-betul performance dia masa heavy flow yang paling peak.


Tapi setakat ni, memang boleh kata:


✔ Material lembut & ringan + selesa

✔ Breathable and stretchable, tak buatkan Miss V gatal

✔ Mudah nak cuci

✔ Lebih confident


Kalau korang jenis yang selalu struggle dengan pad (panas, gatal-gatal, rimas, bocor), mungkin boleh consider untuk try period underwear ni.


Kalau korang nak dapatkan period underwear Go&Move™ ini boleh terus tengok dibawah dan jangan lupa redeem diskaun:


Promo code utk readers & followers: AZWAR10, register member dekat website & dapat 10% diskaun atas pembelian RM100


Daytime: https://gmm.fyi/azwarblog1

Nighttime: https://gmm.fyi/azwarblog2


#leakproof #periodunderwear #periodpanties #GoAndMove #NoMoreLeaks #periodtalk


Reading Time:

Thursday, 23 April 2026

Muzik, Disiplin & Impian: Kisah JessC Tembusi Dunia
8:59 pm 2 Comments


| 21 April 2026, Kuala Lumpur | Hari ini aku rasa bangga sangat bila tengok satu lagi anak Malaysia melangkah jauh ke pentas dunia. Dalam satu sidang media yang diadakan, penyanyi berbakat JessC berkongsi tentang perjalanan dan kejayaan terbarunya yang semakin mendapat tempat di hati peminat antarabangsa.



Apa yang menarik perhatian aku, karya JessC bukan sekadar lagu biasa — dia tampil dengan pendekatan pelbagai bahasa yang akhirnya berjaya menembusi pasaran global. Bayangkan, lagu-lagu dia kini dimainkan di negara seperti China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia dan Australia. Malah, ada juga yang berjaya masuk carta radio di China dan Indonesia. Secara tak langsung, ini memang bukti kuat bahawa muzik dari Malaysia juga mampu berdiri sebaris di peringkat dunia.




Lebih membanggakan, platform muzik antarabangsa seperti Rolling Stone (Australia & UK) turut menamakan JessC sebagai “New Artists to Watch”. Bukan calang-calang pengiktirafan tu. Dalam masa yang sama, dia juga berjaya meraih pelbagai anugerah seperti di InterContinental Music Awards (ICMA) dan LIT Music Awards. Antara yang mencuri perhatian termasuk “Best Asian Pop” untuk lagu My Style, serta anugerah Platinum “Best World Music” untuk beberapa lagu lain seperti Expose dan Mari Menari Raya.




Bila dengar JessC sendiri berkongsi, dia pun tak sangka karya dalam tiga bahasa boleh diterima sejauh ini. Tapi itulah indahnya muzik — bila ikhlas, ia boleh tembus semua batas bahasa dan budaya.


Satu lagi yang aku suka, bila dia cerita tentang kolaborasi bersama Dato’ AC Mizal. Lagu Raya mereka bukan saja popular di sini, tapi turut sampai ke pasaran antarabangsa termasuk UAE, UK dan Amerika Selatan. Malah, video Satu Suara Raya pun berjaya masuk festival filem pendek di Jepun. Rasa macam budaya kita pun ikut ‘terbang’ sama ke luar negara.




Dalam kesibukan sebagai artis, rupanya JessC juga sangat aktif dalam sukan. Dia pernah menang banyak pingat dalam wushu dan pingpong di peringkat antarabangsa. Dari situ kita boleh nampak betapa disiplin dan gaya hidup sihat memainkan peranan besar dalam kejayaan dia hari ini.




Apa yang paling aku tersentuh, bila JessC cakap dia memang minat lagu-lagu Raya Malaysia dan ada impian untuk bawa elemen budaya ini ke seluruh dunia. Simple, tapi besar maknanya — memperkenalkan Malaysia melalui muzik.


Akhir kata, dia tak lupa ucap terima kasih kepada pasukan, peminat dan keluarga yang sentiasa menyokong. Dan sebagai pendengar, aku harap perjalanan dia akan terus berkembang dan memberi inspirasi. Kadang-kadang, kejayaan seseorang itu bukan sekadar tentang diri dia — tapi juga tentang bagaimana dia membawa nama negara bersama.


Thank you for reading!

Reading Time:

Thursday, 26 March 2026

Perimenopause PHKL: Usaha Memperkasa Kesedaran Kesihatan Wanita
10:44 pm1 Comments


Dalam usaha memperkukuh kesedaran kesihatan wanita di Malaysia, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) tampil dengan satu inisiatif yang lebih dekat dengan komuniti melalui penganjuran sesi eksklusif “Sip & Share” Café Talk. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Parenthood Media bersama komuniti KitaParents, sebagai satu platform santai untuk membincangkan isu kesihatan wanita secara lebih terbuka dan inklusif.


Sesi sulung yang bertemakan “Perimenopause Unfiltered” ini telah berlangsung pada 17 Mac 2026 di Cyberjaya. Ia sekali gus menandakan pelancaran rasmi kempen “What Women Want (For Health)” oleh PHKL bagi tahun ini, yang memberi fokus kepada keperluan sebenar wanita dalam aspek kesihatan.




Perimenopause PHKL: Merungkai Kekeliruan dan Stigma


Perimenopause merupakan satu fasa peralihan biologi yang sering kali kurang difahami oleh wanita. Dalam banyak keadaan, simptom yang dialami seperti perubahan emosi, keletihan dan ketidakseimbangan diri sering disalah tafsir sebagai tekanan biasa atau tanda penuaan.


Melalui inisiatif ini, PHKL mengambil pendekatan proaktif untuk merapatkan jurang antara pengetahuan klinikal dan pengalaman sebenar wanita. Sesi ini menampilkan Dr Premitha Damodaran, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dari PHKL serta ahli lembaga International Menopause Society (IMS), yang mengetuai perbincangan interaktif bersama para peserta.


Menurut beliau, ramai wanita melalui fasa perimenopause dalam keadaan keliru dan terasing kerana kurangnya pendedahan awal mengenai perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh. Kesedaran yang tepat amat penting agar wanita dapat memahami keadaan diri dan seterusnya mengurus kesihatan dengan lebih yakin dan berinformasi.



Pendekatan Komuniti yang Lebih Terbuka


Berbeza dengan seminar kesihatan konvensional, konsep “Sip & Share” mengetengahkan suasana santai ala kafe yang menggalakkan komunikasi dua hala secara lebih jujur dan selesa. Para peserta yang terdiri daripada ibu-ibu dalam komuniti Parenthood dan KitaParents terlibat dalam sesi perbincangan berpandukan kad soalan berfokus.


Pendekatan ini berjaya membuka ruang kepada dialog yang lebih autentik, di mana para peserta dapat berkongsi pengalaman sebenar tanpa rasa dihakimi. Selain itu, sesi soal jawab secara tanpa nama turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta mengemukakan soalan sensitif secara lebih terbuka. Soalan-soalan ini kemudiannya dijawab secara profesional oleh pakar dalam suasana yang selamat dan menyokong.



Mengukuhkan Sokongan Komuniti Wanita

Program ini turut diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan sesi jaringan sosial yang memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara lebih santai. Momen ini bukan sahaja mengeratkan hubungan komuniti, malah membuka ruang untuk wanita saling berkongsi pengalaman dan memberi sokongan emosi antara satu sama lain.


Pendekatan ini jelas menunjukkan bahawa kesedaran kesihatan bukan sekadar penyampaian maklumat, tetapi turut melibatkan elemen sokongan sosial yang memainkan peranan penting dalam kesejahteraan wanita.


Perimenopause PHKL: Usaha Memperkasa Kesedaran Kesihatan Wanita

Komitmen Berterusan Terhadap Kesihatan Wanita


Melalui kempen ini, Pantai Hospital Kuala Lumpur menegaskan komitmennya sebagai hospital kuaternari yang bukan sahaja menyediakan kepakaran perubatan, malah turut berperanan sebagai platform sokongan holistik untuk wanita.


Perimenopause adalah satu fasa penting dalam kehidupan yang tidak seharusnya dilalui secara bersendirian. Wanita yang mengalami simptom berpanjangan atau menjejaskan kualiti hidup disarankan untuk mendapatkan nasihat pakar.


Dengan adanya sokongan daripada pakar di PHKL, wanita kini mempunyai akses kepada panduan yang tepat serta pelan pengurusan kesihatan yang lebih menyeluruh, demi kesejahteraan diri yang lebih baik.

Reading Time:

Tuesday, 10 March 2026

D’Herbs Lancar Brandfilm Raya 2026 “Ya, Abah Saya Security
11:08 pm0 Comments

 KUALA LUMPUR – Menjelang Aidilfitri, selain juadah tradisi dan pakaian baharu, ramai juga menantikan kemunculan iklan raya yang mampu menyentuh hati. Tahun ini, D’Herbs tampil dengan kelainan menerusi brand film terbaharu bertajuk “Ya, Abah Saya Security”. Karya ini bukan sekadar memikat perhatian, malah menggugah emosi penonton dengan kisah pengorbanan seorang bapa yang bekerja keras demi masa depan anak-anaknya, walaupun hanya mengenakan uniform sebagai pengawal keselamatan.



Filem pendek ini dilihat bukan sekadar promosi produk, sebaliknya sebuah kisah yang jujur dan dekat dengan realiti masyarakat, khususnya mengenai pengorbanan seorang bapa dalam memastikan kebahagiaan keluarganya.


Diterbitkan oleh D’Herbs dengan kerjasama Tangerine Pictures serta diarahkan oleh Bobby Husaini, naskhah ini mengangkat kehidupan seorang pengawal keselamatan — satu pekerjaan yang sering dipandang remeh, namun sarat dengan nilai maruah dan dedikasi.


Menurut pengasas D’Herbs, Dato’ Aliff Syukri, karya ini dihasilkan bagi menyampaikan mesej yang lebih mendalam berbanding iklan komersial biasa.




“Setiap tahun kita melihat iklan raya yang menyentuh hati, tetapi saya mahukan sesuatu yang benar-benar dekat dengan kehidupan sebenar. Kisah ini mencerminkan realiti ramai keluarga yang berjuang demi masa depan anak-anak mereka,” ujar Aliff.


Beliau berharap masyarakat dapat mengubah perspektif terhadap pekerjaan yang sering dipandang ringan, kerana setiap pekerjaan mempunyai nilai tersendiri, terutama apabila ia dilakukan demi keluarga.


“Kadang-kadang kita terlalu cepat menilai pekerjaan orang lain. Hakikatnya, di sebalik uniform seorang pengawal keselamatan, ada seorang bapa yang gigih berjuang demi masa depan anaknya,” tambah beliau.


Watak bapa dalam filem ini dibawakan oleh pelakon berkaliber Azhan Rani, yang berjaya menjiwai karakter seorang lelaki sederhana namun penuh kasih sayang terhadap keluarganya. Azhan mengakui watak tersebut memberi kesan emosi yang mendalam sepanjang penggambaran kerana kisahnya sangat dekat dengan realiti kehidupan masyarakat.


“Watak ini bukan sekadar seorang pengawal keselamatan, tetapi melambangkan pengorbanan seorang bapa yang tidak pernah mengharapkan balasan,” kata Azhan.




Sementara itu, pengarah Bobby Husaini menegaskan kekuatan utama naskhah ini terletak pada kejujuran penceritaannya. Menurut beliau, pendekatan yang ringkas tetapi sarat emosi menjadikan filem pendek ini mampu menyentuh hati penonton tanpa perlu bergantung kepada elemen dramatik yang berlebihan.


Selain Azhan Rani, filem ini turut dibintangi oleh Mikael Noah, Niezam Zaidi dan Megat Sharizal yang masing-masing memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan naratif keseluruhan.


D’Herbs Lancar Brandfilm Raya 2026 “Ya, Abah Saya Security


“Ya, Abah Saya Security” dijadualkan mula ditayangkan kepada umum melalui platform media sosial pada 12 Mac ini.


Melalui karya ini, D’Herbs bukan sahaja menyumbang kepada tradisi iklan raya yang menyentuh hati, tetapi juga membuka ruang untuk masyarakat menghargai pengorbanan ibu bapa serta nilai sebenar sebuah pengorbanan dalam institusi keluarga.



Selamat menonton! Jangan lupa sediakan tisu siap-siap.


Reading Time: