Food Review: The Best Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan in Selangor - Azwar Syuhada

Sunday 4 November 2018

Food Review: The Best Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan in Selangor

Salam to all readers,

Minggu lepas aku balik Klang nak gathering dengan kawan lama. Lama gila rasanya tak jumpa, so kami decide nak pergi makan steamboat area Shah Alam la. Mujur aku teringat satu tempat ini dimana ia cukup popular dengan hidangan steamboat BBQ buffet. Aku dah repeat 3 kali makan dekat sini. Masuk minggu lepas, kali ke-4 aku datang sini. Bila lama tak pergi, nampak banyak gila perubahan penambahbaikan di situ. Aku suka!

Restoran yang aku maksudkan tidak lain dan tidak bukan sudah semestinya Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Aku suka berkunjung makan steamboat ke mari sebab kawasannya luas, pelbagai hidangan boleh dijamah, boleh lepak berjam-jam. Itu yang buat aku lagi suka lepak makan sini.


Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan pada asalnya menyediakan masakan secara stimbot. Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar. Pilihan yang tersedia tentunya udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.




 Kemudian Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ikan dan sotong. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan paling menarik Kambing Grill yang diperam dengan 15 jenis rempah.

Chef Shahnizam yang arif tentang rasa makanan telah membuat pembaharuan dengan menggunakan masakan stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya. Pengunjung boleh merasai sendiri kelainan perapan tersebut dengan bahan-bahan asli yang digunakan. Kesemua ini amat bersesuaian untuk dimasak menggunakan grill yang disediakan kerana aroma rempah ratus dan bahan-bahannya menjadi lebih harum dan memikat selera. 

 Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga 12 jenis ais krim termasuk perisa Oreo dan Mint sebagai pencuci mulut. Yang paling terbaru, ada juga menu tenpayaki dekat sini. Pada yang suka makan teppanyaki boleh cuba makan dekat sini specialnye dimasak secara panas-panas ayam, daging dan sayuran semua segar .


 See? Besar-besar hidangan steamboat yang disajikan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ini. Dekat 3 round la ulang-alik ke meja untuk topap makanan. Steamboat sampai lebam orang kata.



 Di sini turut menyajikan kek, abc, dan juga aiskrim sebagai pencuci mulut. Aiskrim disini paling win sebab sedap gila! Aku off course bantai perisa coklat sahaja. Berdouble double aku makan. Tambah-tambah waktu aku pergi tu baru lepas hujan lagi sedaplah pekena steamboat bbq buffet D'Kayangan.

 Bukan aku sorang sahaja kedai ini paling top di Selangor. Kalau tak letop takkanlah boleh masuk Jalan-jalan Cari Makan, Nasi Lemak KopiO, The History Channel (Astro) dan banyak lagi.

 Inilah antara sos yang dibuat sendiri oleh chef Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Banyak-banyak sos, sos BBQ paling aku suka.


Betapa besar ruangan makan ssteamboat BBQ Buffet D'Kayangan ini. Memang puaslah lepak berjam-jam dekat sini. Tapi aku syorkan korang datang awal sikit dalam pukul 6 tu kira dah terpacaklah dekat sini. Sebab kalau tak, pukul 7 tu memang dah penuhlah seat luar dan dalam ini orang dah tempah.

 Muka puas dapat makan steamboat. Next nak makan apa pula ya?




Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 150 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas.


Harga:
RM33.00 bagi orang dewasa
RM12.50 bagi kanak-kanak (5-11 tahun)

*Tiada bayaran tambahan untuk  ‘refill’ sup. Bagi pengunjung yang membelanjakan lebih daripada rm 150, kad diskaun rm 10 akan diberikan kepada mereka. 

Jadi bagi mereka yang berminat untuk menikmati keenakkan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ini bolehlah mengunjunginya di sini;

Restoran Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, Shah Alam
D'Kayangan Steamboat BBQ and Buffet,
Sri Acapella Service Apartment,
Jalan Lompat Tinggi13/33M,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
No. Tel: 012-2971091/ 017-6274015

Facebook;
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Instagram: @dkayangansteamboat
Twitter: @dkygnsteamboat

Waktu operasi: 5pm - 2am

1 comment:

  1. Dah lama tak dengar pasal restaurant ni. Sebelum ni macam selalu juga baca reviews pasal restaurant ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!