Part 1: Hala tujuku selepas STPM? - Azwar Syuhada

Thursday 4 June 2015

Part 1: Hala tujuku selepas STPM?

Salam to all readers,

Sepanjang aku hidup, aku tak pernah berjauhan dengan keluarga especially mak akulah. Paling lama aku tinggalkan rumah dalam masa seminggu, itupun mak masih disisi aku. Inilah, first time aku tinggalkan rumah. Bukanlah jauh manapun, tidak perlu sampai menaiki kapal terbang. Macam-macam kenderaan aku naik untuk ke tempat belajar, bas boleh, teksi boleh, keretapi boleh, lrt boleh, monorail boleh, cuma aeroplane sahaja belum boleh. Orang yang tak pernah duduk asrama, rasa terujalah pada awalnya. Macam aku haritulah tak sabar-sabar nak pergi. Selesai sahaja mendaftar, aku terus check in hostel, masuk dalam bilik aku berjumpalah dengan rakan sebilik aku yang dari pelbagai negeri, aku seorang sahaja dari selangor dalam bilik tu. Sebilik ada 4 orang. Nak dijadikan cerita, salah seorang roomate aku itu pun tak pernah duduk asrama, sama seperti aku. Mula-mula aku duduk disitu, satu benda sahajalah yang tak kena dengan jiwa aku iaitu toilet. Biasalah, toilet asrama manakan sama dengan toilet di rumah. Nak guna lama-lama pun nak pikir dua tiga kali...

google
Merasalah juga pengalaman duduk asrama, taklah ngeri seperti yang disangkakan.

Habis sudah perihal asrama.....

Kawan pertama yang aku jumpa, bila jejak kaki ke asrama. Persepsi mereka terhadap aku mula-mula masuk adalah "budak kerek, yang tak suka berkawan". Choii gila, padahal aku okay je!

Bermula kisah di tempat belajar...

Pihak universiti tempat aku belajar ada menyediakan bas. Asrama aku terletak di area Bangsar, manakala tempat belajar terletak di Kampung Baru. Kalau rasa ketinggalan bas, kenalah naik public transport. Nak naik public transport aku tak kisah sangat pun, pandailah sikit-sikit. Tentang pelajaran? Mula-mula masuk haritu, aku rasa terseksa jugalah nak memahami, tambah-tambah aku ini takdelah cekap sangat. First time buat presentation dalam bahasa Inggeris, bercampur pula dengan budak-budak lepasan matrik, diploma, asasi, faundation and so on. Bila dicampurkan budak-budak ini semua dalam satu kelas, aku sendiri nampak macam ada satu jurang dari segi pemikiran masing-masing dalam presentation. Buat pertama kalinya, aku melihat orang sebaya aku mahupun bawah umur aku yang petah berkata-kata. Kau rasa? Tercabar jugalah pada diri sendiri. Ini hanya pandangan aku, tak tahulah pada pandangan orang lain. Dan buat pertama kalinya aku rasa, aku buat presentation yang paling teruk, dan tiada langsung critical thinking. Seolah-olah sudut pemikiran aku rasa macam aku tertinggal jauh berbatu-batu. Seperti aku di tadika, dan mereka semua sudah masuk darjah 4. Kerdilnya yang kurasa. Balik hostel, nak tanya rakan sebilik masing-masing lain kos. Aku pula jenis yang sukar mencari kawan. Jadi, aku kenalah ada independent sendiri supaya aku tidak ketinggalan terlalu jauh.


Dah duduk dekat keyel ini, kenalah pandai mencari kawan. Kalau setakat nak berjalan-jalan mesti ramai kawan, tapi bila bab nak mencari maklumat, study group yang sejiwa memang payahlah buat masa ini. Kalau tak cari pula, macam mana nak study, takkan nak jadi kera pula. Jadi, pandai-pandailah bawa diri, tambah-tambah tempat aku belajar ini betol-betol di tengah pekan. DUIT?? Hurmm... rasa seperti memulas kepala paip, nak air besar ataupun kecil kita sendiri yang tenntukan, begitulah lajunya duit itu akan mengalir. Bab makanan? Dulu, bila balik sekolah makanan dah tersedia di meja makan. Tapi sekarang aku lebih memahami dan lebih sinonim dengan nasi bujang.

Secara rasminya, kini aku bergelar sebagai mahasiswi Universiti Kuala Lumpur.

Habis 1 sem ini, aku tidak lagi duduk asrama, sebaliknya akan duduk di luar yang lebih berdekatan dengan tempat belajar. Apa yang aku harapkan sekarang ini, doakanlah perjalanan aku disini supaya tamat pelajaran dengan jayanya. Amin...


p/s: Terlupa pula nak cerita mengenai kos apa yang aku ambil. Nak jadikan cerita, aku ambil kos Bachelor of  Business Administration of Marketing. Siapa yang mengambil kos ini, kita bolehlah geng!! Insyallah, kalau ada masa nanti aku kongsikan pula apa keistimewaan UniKL ini pada engkorang semua. 

14 comments:

  1. ohh student UniKL.. semoga berjaya ! :)
    yg penting MARA.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya bila baca orang yang berjaya menjadi mahasiswi ni... teringin nak merasa... apakan daya... berangan je la.. hmm..

    Apapun tahniah ya ! semoga menjadi mahasiswi yang cemerlang azwar :)

    ReplyDelete
  3. wahhhh dah jadi mahasiswi :P. hala tujuku selepas Diploma =.=

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..jaga diri..jaga solat..banyak dugaan yang perlu ditempuhi..teguhkan pendirian..nak berkawan tidak salah tapi tetapkan landasan masing masing..

    ReplyDelete
  5. hai azwar..rindu dak ni..hehe..lama tak jumpa..semoga perjalanan hdup adik berjalan dengan lancar..

    ReplyDelete
  6. selamat belajar. Fatin masa mula-mula masuk tempat baru, rasa agak kekok di situ.. tengok budak-budak lain kemain hebat lagi, dan rasa macam diri sendiri ni yang paling. huhu. insyaallah semuanya akan baik-baik :)

    ReplyDelete
  7. Goodluck Waaa.. Kaklong pun memula macam tu jugak, lama2 nnt biasa. Bagus kalau pandai bawa diri, nnt banyak peluang kita nak berjalan sana sini

    ReplyDelete
  8. Masuk politeknik murah yuran dia..

    ReplyDelete
  9. salam singgah sini, lama tak baca entri kat blog ni. By the way, wish you best of luck for you study ok. Do your best! =)

    ReplyDelete
  10. Baru nak tanya belajar dekat mana sekarang, tapi dah terjawab dah :)

    ReplyDelete
  11. Sis doakan semoga Azwar berjaya dgn cemerlang...
    Hidup sbg student mmg ada pahit manis masam masin... Be strong okay.. ;-)

    ReplyDelete
  12. best nya baca. tak lama lagi ecah lepasan stpm juga jehehe

    ReplyDelete
  13. my lil bro pun unikl. hehehe.
    All the best =D

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!